MAKLUMAT PENERBITAN


ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya

oleh Ustazah Khadijah Aam

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara.Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak bolehditerbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara,baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula,perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripadaPenerbitan Minda Ikhwan (001283198-V).

Cetakan Pertama: Oktober 2006
ISBN 983 2492 56 4

Terbitan:
Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)
51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Penutup

Apa sesudah ISA? Bagaimana Allah dan Rasul melepaskan Abuya dari perangkap musuh? Dan kemudian benarkah perjuangan ini mampu mencipta daulah Islamiah? Bagaimana?

Berita Abuya dibebaskan oleh kerajaan Malaysia sesudah sepuluh tahun dibuang di dua daerah, sebenarnya boleh jadi berita besar kalau Abuya mahu. Tapi kerana Abuya menutup semua pintu-pintu pertemuan yang diburu wartawan waktu itu maka jadi kecil sahajalah peristiwa pembebasan itu. Namun hakikatnya ia tidak kecil kerana Abuya mencipta seribu satu keajaiban sejak hari pertama dalam ISA hinggalah ke hari akhirnya.

Seelok dibebaskan, sempatlah beberapa bulan, Abuya melakukan road show ke seluruh negara, bertemu anak-anak buah dan melawat projek-projek Rufaqa’. Sewaktu tsunami melanda Banda Aceh, Abuya sedang berada di Miri, Sarawak dalam misi bertemu pengikut di sana. Waktu itulah di Hotel City Park, Miri, Abuya dilanda ‘tsunami’ Tuhan, lantas terlantar sakit teruk, yang doktor istilahkan multistroke. Dua minggu hanya di katil sekalipun untuk buang air. Sembahyang hormat waktu sahaja waktu itu.

Hingga sekarang sakit itu nampaknya turun naik sahaja, tidak juga mahu sembuh. Ada juga Abuya keluar-keluar tapi dengan menggunakan wheelchair. Sewaktu buku ini ditulis, sakit Abuya sudah memakan masa satu tahun lamanya. Kata Abuya, kalau orang bertanya apa Abuya buat selepas ISA, jawapannya ialah Abuya masuk ISA Tuhan, maksudnya sakit. Kenapa sakit?

Bila musuh-musuh Abuya merujuk kepada doktor yang merawat, didapati sakit yang menimpa begitu serius, maka mereka jadi kurang bimbang dengan bahayanya Abuya pada mereka. Mencerca-cercalah mereka melihat Abuya sakit kerana dianggap itu bukti bahawa Abuya bukan orang Tuhan seperti yang selama ini disebut-sebut oleh pengikutnya.

Namun, sepertilah waktu ditahan ISA, perjuangan Abuya bukannya sakit seperti Abuya. Bahkan ia jadi tambah hebat!

Maka di waktu musuh makin yakin Abuya sudah tiada masa depan, sebaliknya pejuang-pejuang Abuya amat yakin Abuya akan dapat kemenangan.

Tun Ghafar meninggal dunia adalah kejadian besar kedua sesudah ISA yang menjadikan musuh makin tidak yakin dengan Abuya. Sebab Abuya pernah mengatakan bahawa Tun Ghafar akan naik jadi PM walaupun sehari, tapi ternyata ia tidak berlaku.

Namun bagi pengikut Abuya, hal meninggalnya Tun sebelum jadi PM tidak pun menggugat keyakinan mereka. Sebab kenaikan semula Tun nampaknya sudah disetujui oleh ramai orang, yang hendak gunakan Tun untuk tujuan-tujuan mereka. Satu Malaysia orang tunggu kenaikan Tun waktu itu. Buktinya di hari matinya, Tun diperlakukan bagaikan matinya seorang PM. Hinggakan ada pemerhati berkata, hari kematian Tun adalah hari terbuktinya kebenaran kata-kata Abuya, bahawa Tun layak jadi PM. Maka Tun hanya dapat merasakan bagai PM di hari kematiannya sahaja.

Demikianlah kuasa Allah yang benar-benar dapat dirasai oleh orang-orang Abuya. Sementelahan jemaah jadi makin popular di kalangan orang-orang atasan negara dan negerinegeri di Malaysia. Bahkan di luar negara pun pengaruh Abuya menjadi-jadi. Maka tidak hairanlah mengapa orang yang yakin semakin yakin akan kebenaran Abuya. Manakala yang tidak yakin, disebabkan Abuya sakit semakin tidak yakin. Maha Berkuasanya Allah, mampu mentakdirkan kejadian seajaib itu.

Tun Mahathir Mohamad, bekas PM Malaysia, sesudah Tun Ghafar Baba meninggal dunia telah buat gempar lagi sekali di Malaysia. Demokrasi tercabar sungguh dibuatnya kerana Tun Mahathir menggugat PM dan kerajaan yang sedang memerintah. Tidak pernah terjadi di Malaysia hal begini.

Demi menyatakan kerajaan yang menggantinya itu gagal, Tun sanggup untuk jadi perwakilan bahagian UMNO Kubang Pasu. Hinanya tapi mulianya. Hina kerana nasibnya jadi serendah itu, tapi mulianya kerana demi bangsa dan negara dia sanggup.

Kerajaan Pak Lah jadi kelam-kabut kerana itu. Simpati orang pada Tun Mahathir meningkat kerana kekalahan undian untuk jadi wakil Bahagian. Politik dilihat sungguh kotor. Kecewa dengan perjuangan yang kotor, para pencinta kebenaran amat berharap Malaysia tidak lagi diperintah oleh orang politik. Demokrasi kian berakhir.

Abuya dalam masa yang sama, hanya berada di bilik tidur, tidak ke mana-mana kerana sakit. Tapi di bilik itulah, dengan badan yang terlantar, beliau membuat sebesar-besar kerja yang orang sihat kalau digabung beramai-ramai pun tidak mampu melakukannya. Abuya buat kursus Ilmu Ikhwan kepada pengikutnya. Abuya bagi ‘power’ kepada setiap orang yang datang padanya. Dengan ‘power’ itu seseorang boleh mendapatkan pertolongan Allah dalam apa pun hajatnya. Kata Abuya, ‘power’ ini hendaklah digunakan untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua. Menggunakannya, insya-Allah, kita boleh dapat daulah Islamiah buat Malaysia.

Yang ajaibnya Abuya ini dengan ‘power’nya itu, dia menyusun jemaahnya semula dengan begitu cepat sekali. Ia mampu mengubah seseorang untuk jadi betul-betul orang baru. Isteriisteri berpoligami berubah dari keadaan bersenget-senget hati kepada saling bertolong bantu dan mendoakan.

Para pemimpin yang keras kepala dan keras hati diubahnya menjadi merendah diri dan penuh ketakutan, iaitu takutkan Tuhan. Remaja-remaja lasak yang gelagat mereka begitu mencurigakan dan membimbangkan telah berubah menjadi remaja jinak yang cinta kebenaran dan meyakinkan. ‘Power’ Abuya juga telah mengklasifikasikan manusia mengikut dosa dan kesalahan lalu dihukum dan diproses baikpulihkan hingga orang baru ini Abuya panggil Ikhwan atau Asoib.

Jemaah sedang diprogramkan dengan ‘power’ ini supaya kaum bapa benar-benar menguasai perjuangan yang sebelumnya dipercayakan kepada kaum ibu.

‘Power’ juga boleh jadi modal untuk dapatkan kewangan demi membangunkan empayar ekonomi Rufaqa’.

‘Power’ Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada sese-orang yang melakukan kerja-kerja perjuangan Islam dengan syarat seseorang itu berdoa dengan bertawasul kepada Abuya.

Siapa yang cukup kuat keyakinannya, besarlah ‘power’ yang diberikan dan besarlah hasil yang diperolehinya. Paling besar ialah seseorang mampu membakar semua mazmumahnya. Lalu hatinya dapat Tuhan setiap masa, tidak mampu melupakan-Nya walau di mana.

‘Power’ Abuya adalah barang paling ajaib di zaman ini. Rugilah sesiapa yang tidak mampu memperolehinya.

Kalau pada Barat Allah beri sains teknologi yang begitu mempesonakan, maka Allah bagi karamah kepada umat Islam atas nama ‘power’ Abuya yang sangat menakjubkan. Barat kuat dengan akal, umat Islam kuat dengan roh. Kekuatan roh sebenarnya jauh lebih kuat dari kekuatan akal.

Kata Abuya, bilamana ada 10 orang yang hatinya atau rohnya cukup kuat dengan Allah, nanti Allah akan tukar Malaysia jadi daulah Islamiah.

Hal ini bukan lagi mustahil. Hati orang sudah tidak yakin dengan politik. Orang tidak mahu lagi pemimpin yang naik dari politik. Jadi sistem pun akan ikut berubah dan Allah akan takdirkan seseorang dinaikkan tanpa melalui politik di Malaysia.

Mari kita lihat contoh satu kawasan pilihan raya yang waktu ini sedang diperhatikan dunia iaitu Kubang Pasu. Di sinilah Tun Mahathir Mohamad membina nadi perjuangannya selama 30 tahun.

Tapi di sinilah juga Mahathir terhina kerana dikalahkan oleh anak didiknya sendiri. Di Kubang Pasu, Abuya membangunkan orang Melayu menguasai pendidikan Islam dan ekonomi. Sesuatu yang UMNO telah gagal. Nama dan pengaruh Abuya sedang cukup besar di sini bahkan di Kedah seluruhnya. Siapa terfikir bahawa dengan caranya Abuya menguasai suasana di waktu orang kian hilang kepercayaan dengan UMNO.

Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing dengan masalah-masalah dalaman parti, perpaduan antara kaum, kenaikan harga barang dan lain-lain yang tidak pernah selesai-selesai. Belum lagi maslaah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

Berada dalam kemelut ini, kita mesti bersedia melihat satu letupan rohaniah yang dahsyat yang bakal merubah cuaca politik Malaysia kepada sesuatu yang benar-benar baru. Insya-Allah.

Ya Allah, selesailah sudah menceritakan perihal seorang hamba-Mu, yang kerananya orang kenal Engkau, Tuhan. Hanya seorang dalam satu zaman. Umpama rasul-Mu yang Kau datangkan setiap 300 tahun atau 700 tahun seorang. Datang semata-mata untuk memberi Tuhan kepada manusia. Tapi Abuya bukan rasul. Dia ialah mujaddid akhir zaman. Gelarannya Al Fata At Tamimi.

Dia paling ajaib yang Kau ciptakan. Tiada yang lebih menghairankan selain dia. Makhluk yang mempunyai keupayaan menjadi malaikat sedangkan dia adalah manusia.

Dia pasti menang. Orang Tuhan amat diperlukan oleh manusia dan dunia. Manusia wajib mencarinya dan berbaiah dengannya.

Perjalanan hidupnya patut diambil untuk rujukan. Cakapnya adalah panduan, bersamanya adalah hidayah dan menentangnya adalah kehinaan.

Dia ada di Malaysia, negara yang akan memulakan kebangkitan kali kedua. Jadual Allah pasti berlaku. Banyak buku-buku sudah ditulis oleh Barat tentang akan berlakunya kerana mereka mengambil berita itu dari Hadis-Hadis Rasulullah sendiri. Halangan seribu satu macam sudah dicubakan. Tapi mana mungkin Jadual Tuhan boleh digagalkan?
Moga moga manusia sedunia akan diselamatkan oleh ketibaan ‘Penyelamat’ ini kepada mereka.

Inilah Seajaib-ajaib Manusia di Zaman ini

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan luar negara.

Hari ini di waktu pemimpin-pemimpin Islam lain di Malaysia sudah dilupakan orang, Abuya dengan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara, oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara.

Keupayaan yang ditunjukkan Abuya dalam kepimpinannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid hingga ramai pemimpin Islam iri hati. Kemampuan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak disebut Al Fata At Tamimi sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenal Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi. Seorang yang perjuangkan Imam Mahdi tapi tidak kenal dengannya maka dia bukan Al Fata At Tamimi. Seterusnya, berubahnya dunia mengikut apa yang diberitakannya, memungkinkan beliau disebut Sohibuz Zaman. Lalu jadilah beliau, raja Akhirat (membawa manusia kepada Akhirat) ini, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan di zamannya.

Berikut ialah senarai ciri-ciri ajaib yang Allah pamerkan pada dirinya yang saya sudah kenal pasti. Yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan padanya. Mindanya adalah sebesar-besar keajaiban yang berlaku pada dirinya. Minda-mindanya yang menjadi panduan kepada Abuya untuk jadi begini. Kata Abuya, setiap mujaddid dimonitor oleh Rasulullah sejak dalam kandungan lagi. Putera Bani Tamim paling rapat dengan Rasulullah dibanding mujaddid-mujaddid lain. Selain itu:
Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan luar negara.

Hari ini di waktu pemimpin-pemimpin Islam lain di Malaysia sudah dilupakan orang, Abuya dengan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara, oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara.

Keupayaan yang ditunjukkan Abuya dalam kepimpinannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid hingga ramai pemimpin Islam iri hati. Kemampuan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak disebut Al Fata At Tamimi sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenal Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi. Seorang yang perjuangkan Imam Mahdi tapi tidak kenal dengannya maka dia bukan Al Fata At Tamimi. Seterusnya, berubahnya dunia mengikut apa yang diberitakannya, memungkinkan beliau disebut Sohibuz Zaman. Lalu jadilah beliau, raja Akhirat (membawa manusia kepada Akhirat) ini, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan di zamannya.

Berikut ialah senarai cici-ciri ajaib yang Allah pamerkan pada dirinya yang saya sudah kenal pasti. Yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan padanya. Mindanya adalah sebesar-besar keajaiban yang berlaku pada dirinya. Minda-mindanya yang menjadi panduan kepada Abuya untuk jadi begini. Kata Abuya, setiap mujaddid dimonitor oleh Rasulullah sejak dalam kandungan lagi. Putera Bani Tamim paling rapat dengan Rasulullah dibanding mujaddid-mujaddid lain. Selain itu:

Abuya adalah suami contoh dan bapa poligami.

Abuya ialah ayah dan datuk contoh.

Abuya adalah guru dan pensyarah yang menguasai serta memperjuangkan bidang ilmu sufi dan perjuangan Islam yang praktikal.

Abuya ialah penulis buku, sajak dan madah yang sangat produktif.

Abuya melahirkan anak-anak murid yang mampu menjadi abid dan pejuang kemajuan dunia Akhirat.

Abuya kembalikan orang yang terlanjur, ke jalan Tuhan.


Abuya adalah pencetus jemaah Islam, bertaraf antarabangsa.

Abuya adalah pencetus pertama perniagaan Islam di kalangan orang Melayu yang tidak bersandar dengan bank.

Abuya satu-satunya penggerak kegiatan dakwah Islamiah secara kasih sayang yang berkesan, di celah-celah orang lain yang perjuangkan Islam secara militan dan politik.

Abuya pendidik yang dapat selamatkan banyak keluargakeluarga yang bermasalah secara nasihat dan pendidikan.

Abuya mengangkat wanita-wanita menjadi pejuang dan praktikkan Islam yang tidak melanggar syariat Islam serta maruah dan nilai-nilai kewanitaan.

Abuya membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga.

Abuya dapat buatkan orang Melayu sembahyang di awal waktu.

Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia, Indonesia dan seterusnya Asia.

Abuya memampukan kaum lelaki keluar rumah dengan memakai tutup kepala. Sebab dalam Islam, lelaki yang tidak menutup kepala dianggap fasik.
Abuya kekalkan memakai serban dan ridak serta berjanggut.

Abuya mencetuskan hiburan Islam yang tidak melalaikan bahkan menginsafkan.

Abuya kembalikan keyakinan kepada Hari Hisab, Padang Mahsyar dan manusia bersiap-siap untuk menghadapinya.

Abuya hidupkan semula sembahyang jemaah secara istiqamah.

Abuya amalkan gaya hidup bersama, rasa bersama, berkhidmat, tolong-menolong dan berpakat dalam jemaah.

Abuya buatkan orang yakin dengan Imam Mahdi. Di kalangan orang Melayu yang pernah mendengar tentang Imam Mahdi sewaktu mereka kecil, tapi sudah lupa dan keliru, maka Abuya dapat hidupkan semula keyakinan itu.

Abuya dapat jadikan pengikutnya selalu rasa berdosa.


Abuya mendidik orang rasa takut dan cintakan Tuhan.

Abuya berjaya tanamkan rasa bersalah dengan Tuhan bila selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan.

Abuya buatkan pengikut rasa rendah diri dan sanggup meminta maaf dan memberi maaf.

Abuya jadikan orang-orangnya saling mendoakan.

Abuya mampu memproses wanita-wanita bermadu jadi sabar, redha dan sanggup berlebih kurang dan berkasih sayang sesama mereka.

Abuya lahirkan pejuang-pejuang yang buat kedai dan buka projek, tidak berhutang tapi bermodalkan taqwa.

Abuya hidupkan istilah-istilah baru dalam dunia perjuangan Islam seperti mahmudah, mazmumah, mujahadah, istiqamah, jemaah, wirid, tebusan dosa, baiki diri, bermodalkan Tuhan, Zikir Agung, kuat jiwa, pemimpin berwatak rasul dan nabi, perjuangan yang dijanjikan dan lain-lain.

Abuya lahirkan anak-anaknya dan anak-anak jemaahnya yang sedari kecil sudah diproses oleh alam perjuangan, roh tauhid dan perlaksanaan syariat Allah. Kalau orang lain, tokoh-tokoh pejuangnya, biasanya anak-anak dan isterinya pun tidak ikut perjuangannya.

Abuya kembalikan sistem pergaulan yang terbatas antara lelaki dan wanita. Bergaul tapi sempadannya jelas selamat dari maksiat.

Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan artis, pelakon, penari, pengarah filem/pentas, ahli-ahli kamera dan PA system, pemain muzik dan krew-krewnya, tapi gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

Abuya mendidik orangnya boleh bangun sembahyang ma-lam dan menangisi dosa, menghina diri untuk membuang sifat-sifat jahat seperti hasad, pemarah, sombong, kedekut dan lain-lain.

Abuya bina jiwa patriotik dan pengorbanan habis-habisan ke dalam diri dan pengikutnya supaya terbangun sebuah perjuangan yang berwibawa, bukan berdasarkan semangat Melayu tapi semangat Islam.

Abuya berjaya bina insaniah orang-orangnya agar mampu hidup dengan tidak mengutamakan wang, hanya kerana mempunyai Tuhan.

Abuya hasilkan anak-anak didik yang merealisasikan hidup yang utamakan Akhirat daripada dunia.

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada takutkan poligami kepada sanggup berpoligami bahkan semua anak perempuannya pun berpoligami.

Abuya lahirkan anak-anak hasil poligami saling menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri mereka.

Abuya berjaya meyakinkan orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengikutnya bahawa hidup berdikari itu lebih berjaya dan mulia daripada makan gaji.
Abuya bebaskan orang yang sudah tidak pedulikan agama lalu dibawa kembali menjadi orang yang benar-benar beragama.

Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai Islam pada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan.

Abuya cabut dari roh pengikutnya kekotoran keyakinan bahawa ajaran tanpa mazhab itu yang utama. Lalu Abuya isikan roh-roh itu dengan ajaran-ajaran bermazhab, yang menjadikan roh-roh itu berfungsi dan aktif semula. Ajaran Wahabi telah membunuh roh Islam dan roh tauhid.

Abuya selamatkan orang-orangnya dari pengaruh Syiah. Abuya bela para Sahabat di depan pengikutnya. Sehingga Sahabat-Sahabat Nabi dan keluarga Rasul itu ditakhtakan begitu tinggi dan mulia dalam fikiran dan perasaan ahli jemaahnya. Semua prejudis tentang mereka dipadamkan oleh Abuya.

Abuya menyatakan Allah tidak mungkin dapat dilupakan walaupun sesaat dan Abuya pun praktikkan lalu melatih anak-anak murid supaya dapat juga melakukannya.

Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu membina peribadi yang agung. Lalu Abuya pimpin pengikut secara rohiyah, agar memahami apa yang dimaksudkan dalam sembahyang-sembahyang mereka, hingga sudah ada murid-muridnya yang berubah daripada peribadi asal.

Abuya pun perkenalkan Zikir/Wirid Agung yang mampu melahirkan etnik Ikhwan atau Asoib. Lalu Abuya kursuskan murid-muridnya secara teori, praktikal dan latihan tubi. Dan peperiksaan lahir dan ujian batiniah atau rohiyah dengan segala bentuk assignment untuk lepaskan seorang demi seorang dari alam Melayu yang mundur dan bermasalah kepada Melayu yang bertaqwa dan berjuang dengan bantuan Allah. Melayu begini kata Abuya akan mampu selamatkan dan seimbangkan dunia Akhirat serta menyelamatkan Masjidil Aqsa.

Abuya merubah seseorang yang sudah biadab dengan ibu bapa kepada kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan ibu bapa.

Abuya berjaya bentukkan seorang ibu yang bengis dengan anak-anak kepada ibu yang mampu bersabar dan tahu memberi kasih sayang kepada anak-anak yang mengharapkan itu semua.

Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah liar dengan rokok, teman wanita, pakaian menjolok mata, tidak hormat guru dan ibu bapa, yang sudah berjinak dengan dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka kepercayaan kepada Tuhan.

Abuya luruskan semula sistem kepercayaan dan perasaan dalam diri manusia yang sudah bengkok. Manusia sudah berfikir, sudah percaya dan sudah berperasaan dengan sesuatu yang sepatutnya tidak. Manusia sudah merasa dunia cukup indah, sudah berfikir dunia segalanya dan sudah percaya bahawa dunialah kebahagiaan. Lalu Abuya betulkan penglihatan hati mereka itu agar melihat Tuhan adalah segalanya dan hidup untuk Tuhan adalah kebahagian. Maka manusia pun praktikkan dan terbukti bahawa sistem diri yang demikianlah yang sebenarnya benar.

Abuya mempunyai hampir 1000 orang motivator di peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa yang menjadi penyambung lidah dan mindanya kepada manusia.

Abuya mempunyai cucu yang ramai, tidak semua namanama cucu dapat diingatkannya, tetapi pelik semua cucunya sangat sayang dan hormat kepadanya. Sebab Abuya mendidik manusia dengan fikiran dan roh. Maksudnya dengan meminta Allah lakukan perhubungan hati antara Abuya dan cucu-cucunya, maka kuasa Allah-lah yang membuatkan cucu-cucu begitu hormat dan sayang dengan beliau.

Abuya mengkategorikan manusia kepada dua iaitu orang akal dan orang roh. Ahli-ahli falsafah itu ialah ketua orang akal. Para nabi dan para rasul ialah ketua orang roh. Abuya sangat perjuangkan agar manusia dijadikan orang roh. Kerana katanya orang akal tidak selamat di Akhirat.

Abuya adalah contoh orang roh. Dia mempunyai roh yang sangat aktif terutama kalau fizikalnya tidak mampu aktif sama ada kerana terkurung atau sakit. Bukti rohnya aktif dapat dilihat dari hasil perjuangannya. Di waktu dia di luar negara, tidak dapat balik, tidak boleh jumpa jemaah, namun jemaahnya terus berkembang. Di waktu dalam tahanan, jemaah dihancurkan, tapi akhirnya jemaahnya dapat diselamatkan dan hidup semula. Kepada semua musuh-musuhnya, dia memenangi semuanya sekalipun di peringkat negara. Di waktu sakitnya, jemaah melonjaklonjak popularitinya!

Abuya seorang abid. Terserlah watak abidnya itu bilamana beliau mampu istiqamah dalam hal sembahyang tepat di atas waktu dan berjemaah setiap waktu sepanjang umurnya. Juga sembahyang malam yang tidak pernah ditinggalkan.

Abuya seorang ulama yang benar-benar takut dengan Tuhan. Dia sanggup memulaukan semua sistem hidup sekular seperti politik, sosial, ekonomi, kebudayaan, perubatan, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain dengan membangunkan sistem hidup Islam dalam jemaahnya. Untuk itu di terpaksa berhadapan dengan kemarahan kerajaan. Namun demi Tuhan dia rela mengambil risiko apa pun asalkan hak Tuhan tidak dipinggirkan dan azab Tuhan dapat dihindarkan.

Abuya sangat dimusuhi oleh golongan ulama rasmi. Dan beliau pun tidak setuju dengan golongan itu. Ulama-ulama rasmi itu mengatakannya sesat, wali syaitan, jahil dan sebagainya, namun ajaib kerana pengaruh Abuya makin besar dan perjuangannya makin diterima di dalam dan di luar negara.

Abuya lidahnya masin. Perjuangannya diberkati. Apa yang dicakapnya, diikut orang. Apa yang dibuat diterima orang. Sebab itu dia disegani kawan dan lawan. Halangan dapat dilepasi dengan selamat. Rahsianya ialah Abuya sertakan unsur rohaniah dalam perjuangannya, bukan akal sematamata. Allah dan alam ghaib ikut campur tangan. Jadi dia boleh tawan fikiran, fizikal dan hati manusia.

Abuya dapat buatkan pengikut-pengikutnya merasai tidak selamat, tidak layak dan tidak berbuat apa-apa. Walaupun mereka sudah berjuang dan berkorban habis-habisan. Sebab hanya Allah yang selamat, yang layak dan yang berbuat.

Abuya bahkan berjaya lahirkan hasil didikannya golongan pejuang Islam yang merasa tidak selamat dari api Neraka. Mereka mampu menangis setiap lepas sembahyang kerana takut azab Neraka.

Abuya lahirkan juga anak-anak murid yang dapat jadi doktor-doktor dan tabib-tabib yang boleh merawat sakitsakit biasa dan sakit-sakit luar biasa yang doktor-doktor biasa pun tidak mampu merawatnya.

Abuya lahirkan juga di atas landasan perjuangannya ini anak-anak murid yang dapat jadi usahawan-usahawan yang begitu berjaya. Bersaing dengan korporat-korporat yang lahir dari sistem sekular ini.

Abuya sendiri di waktu sakitnya dapat mencapai bermacam-macam kejayaan baru dalam diri dan di dalam perjuangannya. Rasa hatinya dapat mengesan seseorang itu
dengan lebih tepat. Ilmu dan ideanya lebih tajam. Strategi perjuangannya lebih global. Musuh-musuhnya kalah dan menyesali diri. Orang makin ramai datang memberi sokongan dari berbagai-bagai golongan. Kerajaan makin beri laluan.

Abuya lahirkan dari sistem pendidikannya penulis-penulis buku, majalah-majalah, skrip, novel, cerpen dan lain-lain bahan bacaan bercetak yang diminati ramai, diterima di dalam dan di luar negara. Mereka jadi pengeluar, penerbit dan pengedar bahan-bahan bercetak ini sampai ke peringkat antarabangsa. Bahan-bahan yang diterbitkan itu diterjemahkan pula ke dalam berbagai bahasa untuk berbagai bangsa. Semuanya dapat dihubungkaitkan dengan Tuhan.

Abuya juga mempunyai studio-studio dengan segala peralatan audio video, multi media, PA system, yang dari situ keluar segala macam produk elektronik yang dapat menyebarkan seluruh ajarannya ke setiap pelosok dunia. Kakitangan bertugas yang mengislamkan hasil-hasil itu adalah betul-betul didikan Abuya. Kepakaran dalam bidang teknologi ini memang diambil dari sistem biasa, namun mereka jadi lebih pakar dalam penghasilan kerana mendapat keberkatan dari Allah, di atas mengusahakan sistem taqwa oleh Abuya.

Abuya terkenal sebagai individu pengeluar mi, cili sos, kicap, tauhu dari kilang Islam sendiri. Bukanlah Abuya yang buat tapi hasil didikan, pimpinan, arahan dan tunjuk ajar beliaulah, orang-orang Islam itu dapat keupayaan dan kekuatan untuk melakukannya. Setelah dihancurkan semua itu, kini Abuya sedang mampu membangunkannya semula.
Abuya bercakap tentang masa depan Melayu begitu hebat sekali. Tiada pemimpin yang membawa wawasan sebesar itu. Katanya Melayu akan jadi macam bangsa Arab dulu. Melayu akan jadi empayar menggantikan empayar Barat yang sedang jatuh. Melayu akan menang dengan Amerika dan Yahudi, dapat menyelamatkan Tanah Arab, menawan Palestin dan kembalikan Masjidil Aqsa. Melayu juga akan dapat peluang menjaga Haramain.

Abuya miskinkan dirinya dan keluarganya demi mengkayakan jemaahnya. Tapi mereka kaya menumpang kekayaan Tuhan. Setiap keperluan Allah akan takdirkan dapat dipenuh yang mana untuk itu mereka kena usahakan taqwa dengan membaiki diri. Orang kata Abuya kaya. Ya, sejenis kekayaan yang belum pernah ditemui orang zaman ini. Jemaah kaya, individu-individunya miskin. Tujuannya supaya menang di dunia dan selamat di Hari Hisab di Akhirat nanti.

Abuya mempunyai peribadi yang mana ujian dan nikmat diterimanya sama. Kedua-duanya dari Allah. Kedua-duanya tidak mengubah peribadinya. Dengan pencapaian yang diusahakan ini. Abuya memang mempunyai peribadi lain dari yang lain.

Abuya mendoakan musuh-musuhnya. Berbuat baik sekalipun kepada orang yang berbuat jahat padanya. Berusaha untuk menyelamatkan setiap orang walaupun penentangpenentangnya.

Abuya tidak menyerang orang dalam kuliahnya. Dia mahu jadikan ilmunya menginsafkan semua pendengar. Sejahat mana pun orang di dalam majlisnya, tidak dihina. Setiap orang diberi peluang mendapat didikan dan pimpinan serta kasih sayang. Sebab itu musuh-musuhnya pun sebenarnya hormat padanya.

Abuya tidak menjawab fitnah dan tidak diserangnya orang yang memfitnah. Dia menanganinya dengan membaiki diri. Nanti Allah akan membelanya dan memang Allah pun membelanya.

Abuya tidak manjakan dan tidak mewahkan anak-anak. Kedua-duanya merosakkan kata Abuya. Jadi anak-anaknya hidup seperti anak-anak orang miskin, anak yatim dan diasramakan mereka. Anak-anaknya diberikan kekayaan
maknawi untuk akhirnya mereka semua dapatkan Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya.

Abuya lahirkan remaja-remaja yang dapat dunia dan dapat Akhirat dari sekolah dan pusat latihannya. Mereka mengaji, sembahyang, zikir wirid dengan sebaik-baiknya tapi mereka juga dilatih kerja segigih-gigihnya. Akhirnya mereka jadi korporat yang bertaqwa.

Abuya dapat hidupkan tanah-tanah terbiar di waktu orang Melayu tidak tahu bagaimana hendak usahakan tanah-tanah mereka. Anak-anak murid Abuya, hasil diberi Tuhan, bermodalkan taqwa, tanpa meminjam dan berhutang, mereka mampu bangunkan semula pertanian di tanah-tanah terbiar.

Abuya juga hidupkan kolam-kolam ikan terbiar. Kolamkolam ikan kepunyaan orang Melayu yang ditutup kerana gagal. Abuya telah buktikan bahawa atas dasar taqwa, orang Melayu boleh bangunkan semula tanpa bantuan mana-mana pihak. Penghasilan ini sampai mengejutkan pihak Mada dan agensi kerajaan yang lain.

Abuya juga selamatkan kompleks penternakan dan penyembelihan lembu yang terbengkalai. Sistem didikan Abuya terbukti mampu gerakkan semula semangat Melayu. Bukan dengan bermodalkan duit, Abuya membangun. Duit datang kalau ada iman dan taqwa. Allah akan rezekikan. Itulah dasar Abuya dan terbukti sekarang bilamana di atas projek terbengkalai Abuya sudah memiliki penternakan kambing, lembu dan kerbau. Anak-anak murid Abuya yang taat mengusahakan baiki diri dengan sendiri jadi pandai di dalam semua aktiviti-aktiviti itu. Tanpa berkursus di mana-mana. Bahkan orang datang berkursus ke tempat mereka.

Abuya sangat sabar dan sangat tawadhuk. Dia sanggup memberi didikan dan kasih sayang kepada orang yang bersalah sekian lamanya. Dia tidak gopoh-gapah menghukum. Namun sesudah habis tempohnya Abuya akan jadi cukup tegas dalam menghukumnya.

Abuya sangat kenal dan cintakan Allah. Hidupnya dihabiskan untuk perjuangkan Tuhan, cinta agungnya. Percakapan, tulisan dan tindakannya tentang Tuhan sangatlah mendalam dan jauh dari jangkauan akal.

Di antara kata-katanya: “Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.” Kata Abuya lagi, “Tak mungkin aku dapat melupai-Mu Tuhan.”
Anak-anak muridnya semua diarahkan pergi ke seluruh dunia untuk promosikan Tuhan.
Abuya tidak berhutang. Jemaahnya pun tidak dibenarkan berhutang. Sesiapa yang masih berhutang dianggap gagal. Selesaikan hutang menurut Abuya ialah dengan cara baiki diri.

Abuya anggap sakit ialah penghapusan dosa. Sakit ialah kasih sayang Tuhan. Oleh itu Abuya cukup tenang dengan sakit. Dalam sakitnya dia tetap menulis dan buat kerja perjuangan.

Abuya pernah banyak kali selesaikan krisis dan pergaduhan dalam rumah tangga, dalam parti, dalam jemaah dan majlis-majlis yang melibatkan berbagai golongan seperti Keadilan, UMNO, PAS, DAP. Mereka boleh berdamai sekejap di depan Abuya dan sama-sama mendengar pandangan Abuya dalam berbagai hal.

Abuya pernah didatangi pembesar Indonesia seperti Gus Dur dan beberapa orang jeneral, wakil istana Thailand, menteri Jordan dan wakil-wakil masyarakat dari kalangan orang politik, pegawai kerajaan, korporat, badan Islam, artis dan bintang filem, pensyarah, pendakwah, penulis buku, orang bukan Islam dan lain-lain golongan lagi.

Abuya diziarahi oleh semua golongan manusia sama ada dari dalam dan luar negara. Abuya menerima tetamu tidak putus-putus walaupun ketika dalam ISA dari kalangan bangsa Arab, Eropah, Australia, Amerika, China, Thailand, Singapura, Indonesia, Uzbekistan, India, Pakistan, Brunei dan Malaysia sendiri.

Abuya berpengalaman mengislamkan ramai orang bukan Islam. Bermula di Sabah dan Sarawak. Kemudian ke Thailand, China, Filipina dan Uzbekistan.

Abuya dapat jadikan keluarganya tapak perjuangan bilamana semua isteri dan anak-anaknya menjadi orang penting dalam perjuangannya. Hal ini jarang berlaku kepada pemimpin-pemimpin perjuangan Islam.

Abuya sendiri sebenarnya seorang yang boleh bernasyid dengan suara serak-serak basah yang lunak sekali. Dulu beliau memang seorang qari Quran. Tidak hairan ramai anak-anaknya mempunyai suara-suara yang berbagai jenis sedapnya.

Abuya telah mampu menyelamatkan sebuah syarikat bas yang sudah bankrap. Regal Travel, kini akhirnya menjadi milik Syarikat Rufaqa’.

Abuya direzekikan keupayaan untuk menukar pusat kegiatannya dari sebuah kampung setinggan di Sungai Penchala ke sebuah bandar yang moden. Celebration Mall adalah nama tempat di mana berpusatnya kompleks perniagaan dan pendidikan Abuya sekarang. Ia terletak di sebuah bandar baru di Selangor bernama Bandar Country Homes. Semua ini berlaku hasil program pembubaran Darul Arqam oleh kerajaan pada tahun 1994. ISA digunakan kepada Abuya, untuk membuatkan jemaahnya jauh lebih berwibawa.

Abuya disihirkan dari berbagai-bagai penjuru. Begitu juga keluarga dan jemaahnya. Dengan sihir itu sepatutnya orang-orangnya boleh mati, gila, lumpuh, bodoh dan lain-lain. Tapi masya-Allah, orang-orang Abuya sendiri tidak dapat dihancurkan dengan sihir.

Abuya tiada rumah peribadi. Tapi rumah-rumah tetamu jemaah dipersiapkan kepadanya terdapat di seluruh negara. Untuk bergerak ke mana-mana, Abuya mengambil penerbangan first class.

Abuya mempunyai pengikut yang mampu memberi ketaatan seperti anak yang sayang dan taatkan ibu ayah. Hingga orang-orang yang tidak senang menganggapnya sesuatu yang negatif/taksub, walaupun mereka sendiri tahu bahawa kejayaan seseorang pemimpin ialah dapat membuatkan dirinya seperti ibu dan ayah manusia, supaya rakyat merasa mereka ada tempat berpayung dan bergantung.

Abuya diuji Tuhan, anak-anak muridnya ada yang menjadi penentang-penentangnya dan berusaha untuk dapat menandingi Abuya. Hasrat mereka hendak buat jemaah alternatif yang kononnya lebih baik dari Abuya tetapi tiada yang kesampaian. Bahkan mereka terhina kerana terpaksa hidup melarat dan penuh masalah.

Abuya kini mempunyai sebanyak 700 rangkaian. Projek atas namanya, dibuat oleh anak-anak muridnya di berbagai negara di dunia. Abuya tidak dapat melawat ke projek-projek tapi semuanya berjalan baik. Anak-anak muridnya dengan penuh taat setia menjaga, membela, mempertahan dan membesarkannya demi membalas jasa Abuya memimpin dan mendidik mereka.

Abuya mempunyai 6 orang ulama-ulama besar di dunia yang menjadi penyokong kuat kepada perjuangannya.

Abuya berjaya menarik minat pembuat-pembuat tesis untuk mengkaji rahsia perjuangan Abuya. Keunikan jemaah Abuya sangat mendapat perhatian dunia. Hal Abuya dibincangkan orang di mana-mana.

Abuya seorang mujaddid dengan segala pencapaian luar biasanya. Ramai orang suka mengatakan Abuya ialah mujaddid di kurun ini. Meskipun usaha-usaha menafikannya juga dibuat namun hari ini masih ramai yang mempercayainya.

Abuya ialah Al Fata At Tamimi (Putera Bani Tamim). Sebab utamanya ialah beliau berjaya menghidupkan nama Imam Mahdi semula.

Abuya ialah Sohibuz Zaman (pemilik zaman) sebab nampaknya zaman ini, khusus di Malaysia, tercorak oleh sentuhan Abuya. Bumi sedang bergerak mengikut apa yang dicorakkan Abuya!

Pada Abuya, sebenarnya Tuhan menganugerahkan power maknawiah yang dengan power itulah semua keajaiban itu boleh berlaku. Karamah-karamah yang berlaku kepada orang-orang Tuhan, adalah kerana power inilah dan sesiapa yang berdoa atas nama power ini, Allah akan izinkan pula kekuatan itu berlaku padanya, insyaAllah

Imam Mahdi

Kalau kita mengkaji secara mendalam Hadis-Hadis Nabi tentang Imam Mahdi, ditambah dengan kefahaman yang Allah beri secara ilham, nescaya kita akan membuat kesimpulan seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.
Kata Abuya, beliau membuat kajian perihal janji Allah untuk akhir zaman, khusus tentang Imam Mahdi sudah 50 tahun lebih. Oleh kerana Hadis-Hadis itu banyak yang bersifat ‘kod-kod rahsia’ yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan, maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham. Kata Abuya, oleh kerana pelaksana kepada kebangkitan Islam itu ialah Imam Mahdi sendiri dan Putera Bani Tamim, maka kepada merekalah diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.

Menurut Abuya, dia memang diberi faham oleh Allah ten-tang konsep, teknik dan hala tuju perjuangan akhir zaman, bagaimana ia bermula sampailah ke akhirnya. Kefahaman itu sudah diuji dalam tindakan dan sudah pun berhasil. Hasilnya setakat ini membuatkan Abuya amat yakin bahawa kefahaman yang didapatkan dari masa ke semasa itu memang satu kebenaran.

Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman serta ilham yang Abuya dapat dari masa ke semasa, sejak 40 tahun yang lalu:

1 Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan Allah.

2 Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

3 Di hari zahirnya iaitu hari Jumaat bulan haji, khatib sedang membaca khutbah Jumaat di mimbar Masjidil Ha-ram di Mekah, tetapi hidungnya berdarah kerana cuaca terlalu panas. Khatib itu turun dari mimbar dan naiklah khatib yang kedua untuk berkhutbah. Tetapi hidungnya juga berdarah, maka naiklah khatib yang ketiga, tetapi berdarah hidung juga. Demikianlah berlaku hingga 6 orang khatib mengambil tempat, tetapi semuanya berdarah hidung. Oleh kerana darah itu najis, maka batallah khutbah mereka semuanya. Terakhir, naiklah khatib ketujuh dan didapati hidungnya tidak berdarah, maka dialah yang menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi sewaktu mulamula dizahirkan Allah ke alam nyata setelah dighaibkan Allah selama 80 tahun sudah. Kejadian ini mirip dengan kejadian sewaktu akan zahirnya Nabi Isa, waktu Subuh di Masjid Omawi di Damsyik Syria.

4 Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

5 Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 tahun lagi.

6 Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

7 Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Beliau hanya bertemu wazir-wazirnya dan mengatur strategi bagaimana untuk melengkapkan persiapan untuk pengisytiharan. Umat Islam yang sudah tahu keberadaannya walaupun tidak isytihar, akan berbaiah kepadanya. Maka Imam Mahdi syaratkan mereka mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim, kemudian mengikuti kursus Ilmu Ikhwan dan Asoib di Malaysia. Kebanyakan yang berbaiah ialah syeikh tarekat yang hak bersama pengikutnya, kebanyakannya orang Timur Tengah dan juga dari seluruh dunia akan berbondongbondong ke Malaysia.

8 Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.

9 Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.

10 Imam Mahdi memerintah dunia selama 40 tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.

Hari ini watak dunia sudah betul-betul jadi seperti wataknya sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Itulah tanda besar Imam Mahdi sudah hampir untuk datang. Dunia sudah kehilangan punca. Seorang penyelamat dari Tuhan benarbenar diperlukan. Untuk itu kata Abuya, Tuhan akan jadikan Malaysia negara Islam dengan kuasa-Nya tidak lama lagi.

Sebab Imam Mahdi itu datang dan berperanan, mestilah di atas kuasa dan sistem yang benar-benar mendukung ketibaannya. Kalau beliau datang tanpa sokongan, siapa yang akan menyambutnya? Siapa yang akan membenarkannya? Tentu akan jadi seperti Osama bin Laden yang hidup terbuang. Sebab itu syarat wajib bagi kedatangan Imam Mahdi ialah sebuah daulah Islamiah yang menjadi pendukungnya dan kemudian menyerahkan kuasa itu kepadanya. Dengan kuasa itu, dia berjuang lagi dan dapat tawan dunia, kemudian Nabi Isa pun turun, Imam Mahdi dan kuasanya akan sambut Nabi Isa dan isytiharkan pada dunia. “Inilah Nabi Isa.” Barulah dunia menerimanya.

Kata Abuya, kalau Imam Mahdi dan Nabi Isa turun, tiada yang menyambut, nanti dunia akan curiga, Bush akan tangkap dan hiduplah mereka macam Osama bin Laden.

Rakyat Malaysia yang Islam dan bukan Islam jangan takut dengan berita ini. Imam Mahdi penyelamat untuk semua. Ingatlah ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan baginda. Begitu juga di Mekah, bilamana Rasulullah dapat kembali, keadaannya jadi jauh lebih baik dari Mekah sebelumnya. Bahkan sebenarnya, semua negara-negara sekitar sangat mengalu-alukan ketibaan para Sahabat ke negara mereka. Cuma untuk dapat masuk, adalah sedikit halangan oleh penguasapenguasa yang hasad dengki, gila kuasa, mementingkan diri yang terpaksa diperangi. Rakyat sebenarnya merindui penyelamat dan mengalu-alukan wakil-wakil Rasul ke negara mereka.

Tapi musuh Islam telah putar belitkan sejarah konon Rasulullah pengganas perang. Insya-Allah di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masalahnya melalui wakil mereka, Putera Bani Tamim. Malaysia akan betul-betul jadi negara aman, makmur dan dapat keampunan Allah. Malaysia akan jadi negara yang perjuangkan kasih sayang. Thailand akan menyokong. Rakyat Singapura akan tinggalkan negara mereka kerana hendak menumpang kasih sayang Malaysia. Brunei akan terus menyertai Malaysia seperti Sabah dan Sarawak. Indonesia pun sangat mendukung dan negara-negara Islam akan iktiraf terutamanya yang ketuanya berketurunan Rasulullah.

Insya-Allah, ekoran dari itu, empayar Barat akan runtuh dan kiblat dunia beralih ke Timur yakni Malaysia. Putrajaya menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran dunia mengganti New York. Haramain di Mekah akan menjadi pusat ibadah.

Orang Melayu khususnya dan Timur umumnya akan jadi empayar dunia. Dapat menguasai Masjidil Aqsa semula bilamana Palestin dapat dirampas dari Yahudi. Orang Melayu akan jadi seperti bangsa Arab waktu kegemilangannya iaitu masing-masing berselerakan ke seluruh pelosok dunia, membawa Islam bersama Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Kebanyakannya tidak mati di tanah air sendiri kerana sudah bermastautin di mana-mana sahaja di dunia sebagai penguasa-penguasa kepada bangsa dan negara-negara seantero dunia.

Janganlah nafikan berita-berita ini dahulu. Just wait and see! Selagi Abuya masih hidup, anda kena bersabar untuk dia membuktikannya sebab sampai setakat ini, beliau masih relevan dengan apa yang diperjuangkan dan yang diberitakan berpotensi untuk terjadi. Suasana dan watak dunia serta Malaysia khususnya, memungkinkan saja semua ini boleh berlaku bila-bila masa dengan kuasa Allah secara luar biasa (karamah atau mukjizat Rasulullah). Kata Abuya, cuba berfikir begini:

Kalaulah seminggu sebelum terjadi peristiwa pertukaran kuasa di Thailand seperti yang berlaku baru-baru ini, ada orang memberitahu kita, “Seminggu lagi akan terjadi di salah satu negara Asia rampasan kuasa oleh ketua tentera beragama Islam. Cuba teka negara manakah itu?” Tentu kita kata Indonesia. Kalau Thailand, mustahil sebab ia negara Buddha. Singapura lagi tidak masuk akal. Begitulah kuasa Allah, perkara yang paling susah untuk dilogikkan boleh berlaku. Itu satu contoh. Walhal Tuhan sudah buat bermacam-macam contoh lain di Asia ini sesuatu yang tidak logik tetapi telah pun terjadi. Ini kerana Allah bermaksud mempersiapkan fikiran kita untuk menerima berita-berita yang bakal berlaku agar kita dapat bersedia dan bersiap.

Di waktu Allah dan Rasul melakukan kebangkitan pertama, para Sahabat dan bangsa Arab diberitakan dahulu apakah yang akan berlaku. Contohnya, melalui Rasulullah, diberitakan Rom dan Parsi, Syria, Konstantinopel (Istanbul), Mesir dan China akan jatuh ke tangan Islam. Padahal waktu berita itu dimaklumkan, semuanya berkeadaan mustahil untuk berlaku. Tapi para Sahabat terus bergegas-gegas mencubanya kerana terlalu yakin dengan Rasul. Alhasil semua negara Kristian itu menjadi negara Islam di tangan para Sahabat seperti yang diberitakan.

Abuya amat yakin bahawa apa yang berlaku pada dirinya adalah ulangan sejarah. Dia benar-benar diberitakan. Bukan tidak takut dan tidak malu dengan semua itu, tapi hati cukup kuat mendesak untuk menyatakannya. Moga-moga kita tidak prejudis tetapi bersangka baik dengan takdir ini dan paling tidak pun tunggu dan lihat. Jangan menentang dulu, supaya kalau terjadi, kita tidak menyesal yang amat sangat sepanjang hidup.

Perihal Imam Mahdi itu, ikutilah riwayatnya seperti berikut:

Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah seorang ulama besar. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Kiyai Agung kerana ramai murid-muridnya yang telah menjadi kiyai (guru agama) dan banyak pula orang-orang yang memang sudah sedia menjadi kiyai juga belajar dengannya. Beliau dilahirkan di Kampung Sudagaran dalam daerah Wonosobo di dalam negeri Jawa pada tahun 1259 Hijrah. Ketika Syeikh As Suhaimi sedang berada di Tanah Arab, maka dia telah menambah gelaran ‘As Suhaimi’ pada namanya yang asal.

Menurut nasabnya, Syeikh Suhaimi merupakan keturunan Rasulullah SAW. Setelah berkahwin, beliau tinggal di Kampung Kali Beber, daerah Garung, Wonosobo. Tidak lama sesudah perkahwinannya dengan Nyai Qaniah, maka Syeikh Suhaimi berangkat seorang diri untuk meneruskan pelajaran agama ke pondok Sulu Tiang di daerah Luwanuh. Tetapi tidak berapa lama kemudian beliau berpindah ke Pondok Termas di daerah Pacitan. Dua pondok tersebut memang sudah masyhur ramai muridnya terutama Pondok Termas. Boleh dikatakan kebanyakan ulama besar di Tanah Jawa telah mengaji dan belajar di situ. Sayidi mempunyai ilmu tentang 4 mazhab.

Setelah belajar selama beberapa tahun di Pondok Termas, maka Syeikh Suhaimi telah kembali ke Wonosobo. Tidak berapa lama di Wonosobo, beliau berangkat ke Mekah Al Musyarafah untuk menunaikan fardhu haji dan menyambung pelajarannya di sana. Di Mekah inilah Syeikh Suhaimi menukar cara hidupnya, dari kehidupan seorang anak saudagar menjadi kehidupan seorang darwisy. Syeikh Suhaimi telah mula mencari dan belajar ilmu hakikat dan ilmu tasawuf, ilmu-ilmu untuk mensucikan hati dan ilmu-ilmu yang menyatakan adab serta perilaku para wali dan orang-orang soleh.

Ilmu-ilmu seperti itu tidak mudah dicapai dan tidak cepat mencapai hasil apabila tidak disertai dengan menjauhkan diri dari tarikan dunia, banyak berpuasa dan mengurangi makan, banyak berjaga dan beribadah setelah tengah malam dan juga banyak menziarahi makam para wali Allah, orang soleh, lebih-lebih lagi makam nabi-nabi serta mendapat bimbingan guru mursyid.

Kerana itulah, Syeikh Suhaimi kemudiannya berguru dengan seorang guru yang kasyaf. Dan setelah 40 hari, maka beliau banyak menemukan peristiwa-peristiwa ganjil dalam kehidupannya. Itulah satu tanda bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapat ilmu batin.

Selain itu Syeikh Suhaimi mengamalkan bacaan aurad atau bacaan tertentu yang mengandungi ayat-ayat Al Quran dan selawat-selawat yang dibaca setelah sembahyang fardhu. Bacaan-bacaan itu dinamakan Aurad Muhammadiah. Untuk hendak mengamalkannya (sebagaimana amalan lain yang sejenis dengannya) maka hendalah mendapat ‘ijazah’, iaitu dengan mendapat izin dari Syeikh Suhaimi atau salah seorang dari wakil-wakilnya yang masih ada sampai sekarang.

Adapun asal bacaan Aurad Muhammadiah itu adalah setelah Syeikh Suhaimi menuntut dan menjalankan amalanamalan batin dari ayat Al Quran. Setelah sekian lama maka amalan-amalan itu telah menjadi semakin banyak, bahkan seluruh Al Quran juga pernah beliau amalkan. Sejak itu Syeikh Suhaimi mulai merasa keberatan serta tidak cukup waktu untuk mengamalkannya dengan sempurna apalagi jika amalan-amalan itu diturunkan kepada murid-muridnya kelak. Lalu dia pun berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan cara untuk meringkaskan amalan-amalan tersebut.

Kemudian Syeikh Suhaimi mendapat ‘alamat’ menyuruh dia masuk ke dalam Kaabah selepas tengah malam yang tertentu. Maka ketika dia masuk, tiba-tiba dia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (tidak mimpi) dan Rasulullah SAW telah mengajarkan kepadanya bacaan Aurad Muhammadiah ini serta cara-cara mengamalkannya. Dan Aurad Muhammadiah itu telah diizinkan untuk ‘diturunkan’ kepada sesiapa sahaja yang berkehendak mengamalkannya.

Bertemunya Syeikh Suhaimi dengan Rasulullah SAW di dalam Kaabah merupakan satu perkara luar biasa yang terjadi ke atas dirinya. Bahkan dalam riwayat hidup Syeikh Suhaimi, kita dapati bermacam-macam perkara luar biasa yang diizinkan Allah terjadi padanya. Atas dasar itu maka nyatalah bahawa beliau adalah seorang wali Allah. Bagi sebahagian orang, kerana besarnya karamah dari Syeikh Suhaimi, maka beliau dimasukkan dalam golongan wali-wali besar (Kutubul Auliya).

Pulang dari Mekah, beliau memperjuangkan Islam di Timur (Asia Tenggara). Kepimpinannya sangat menonjol hingga begitu digeruni oleh kerajaan British. Macam-macam kesusahan ditimpakan oleh musuh-musuh Allah itu pada Sayidi. Akhirnya beliau dighaibkan Allah. Sebelum itu Sayidi telah memberitahu orang-orangnya bahawa dialah Imam Mahdi.

Banyak bukti menunjukkan beliau belum mati tapi dighaibkan oleh Allah antaranya ialah:

Diceritakan oleh Tok Aki Abdur Rahman dari Terengganu. Waktu Sayidi sedang dikafankan, dia dan ayahnya ada halaman. Orang terlalu ramai. Mereka menyelit-nyelit untuk naik menziarah jenazah. Tiba-tiba di tengah ramai ada seseorang menepuk bahu ayahnya. Terkejutnya Tok Aki dan ayahnya kerana Sayidi Syeikh berdiri di depan mereka.
Ayahnya bertanya, “Kan Sayidi mati?”
Jawab Sayidi, “Ini siapa?” sambil menunjuk pada dirinya.
Kemudian Sayidi hilang dan ayah Tok Aki berkata, “Embah tak mati, jom kita balik!”
Hal yang sama berlaku kepada seorang lagi kawan ayah Tok Aki yang ikut ke kubur. Maka yakinlah orang-orang Sayidi bahawa sebenarnya Sayidi belum mati, dia cuma ghaib.

Hal ini amat perlu sebenarnya kerana Yahudi sangat mencari Imam Mahdi. Mereka sanggup buat apa saja untuk menggagalkan rancangan Tuhan. Maka, bila Allah memilih untuk jadikan format perjuangan Islam akhir zaman ini sangat misteri, adalah suatu kebijaksanaan-Nya yang Maha Adil.

Aurad Muhammadiah

Abuya Ashaari Muhammad tidak boleh dipisahkan dengan Aurad Muhammadiah. Memisahkannya bererti membuang roh dari jasadnya. Apalah ertinya lagi kalau itu berlaku kepada jasad dan roh tadi?

Kata Abuya, “Terpulanglah apa orang hendak kata tentang mengapa saya jadi seperti ini. Namun bagi saya sendiri, yang merasai dan menjalaninya, sesungguhnya Aurad Muhammadiahlah satu-satunya faktor yang menjadikan saya begini. Seramai-ramai lelaki yang dilahirkan ke dunia sebagai lelaki kelahiran Bani Tamim, namun semuanya tidak dapat menjadi Putera Bani Tamim yang disabdakan kerana mereka tidak direzekikan Aurad Muhammadiah.”
Begitu sekali Abuya memandang besarnya peranan Aurad Muhammadiah dalam hidupnya.

Kata Abuya lagi, Islam bangkit di setiap zaman, adalah bersama tarekat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada ‘power’ untuk melakukan kerjakerja kebangkitan itu. Bila selesai dan sempurna program kebangkitan itu, untuk sesuatu zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarekat itu. Ertinya dia hanya berfungsi untuk zamannya saja. Untuk zaman lain, oleh tokoh kebangkitan lain, maka tarekatnya pun mestilah lain, yakni yang baru, yang mampu dan sesuai dengan suasana serta keperluan zamannya itu.

Untuk akhir zaman, memang kebangkitan Islam itu begitu jelas dijanjikan, berdasarkan banyaknya Hadis-Hadis akhir zaman yang menyebut tentangnya, yakni dengan jelas menyebutkan tokohnya ialah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim terpilih sebagai raja mindanya untuk mencetuskan tapak kebangkitan, atas arahan dan pantauan Imam Mahdi. Bila tapak sudah siap, yakni sebuah negara Islam Sunni sudah wujud, zahirlah Imam Mahdi untuk mengambil alih kuasa dalam masa satu malam sahaja. Sebab kerja-kerja sudah disiapkan oleh Putera Bani Tamim. Perjuangan itu akan diteruskan ke peringkat dunia.

Maka kata Abuya, untuk kerja-kerja seberat itu, Allah dan Rasul akan bekalkan ‘power’ yang cukup kuat kepada orangnya. Power itulah Aurad Muhammadiah. Berzikir dengannya, pejuang-pejuang Islam akhir zaman akan dibantu Allah untuk sampai mampu menzahirkan sistem Islam dalam kehidupan serta mampu melepasi musuh-musuhnya yang menghalang dengan seribu satu jenis rintangan.

Kata Abuya lagi, hanya pengamal Aurad Muhammadiah yang berjuang saja yang dapat lakukan kerja-kerja perjuangan akhir zaman ini. Pengamal-pengamal tarekat lain yang diwarisi dari zaman sebelum, sebenarnya tidak cukup kuat untuk melakukan perjuangan Islam akhir zaman ini. Sebab masanya sudah berlalu.

Aurad Muhammadiah adalah rezeki istimewa untuk Imam Mahdi. Ia diamalkan sejak 200 tahun yang lalu. Diwariskan dari generasi ke generasi dengan selamatnya. Halanganhalangan dapat dilepasi. Akhirnya Aurad Muhammadiah sampai ke tangan Abuya yang baru menyambungnya selama 60 tahun. Sekali lagi segala halangan dapat dilepasi dan kini Aurad Muhammadiah terbukti begitu powernya.

Aurad Muhammadiah, sesungguhnya aku tidak sanggup berpisah denganmu. Ketiadaanmu kurasa kekosongan dan tidak mampu meneruskan hidup. Cintaku padamu tidak padam-padam sampai kini. Meskipun tiada, kau kan tetap di hati.

Kaubuatkan aku didekatkan dengan Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para Sahabat sekalian. Bersamamu aku terhubung kembali mengingati sekalian para rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah dan sekalian orang-orang soleh. Seluruh mukmin mukminat, muslimin muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, yang dinamakan saudara-saudara seislam itu, tidak pernah aku ambil kisah sebelumnya.

Tapi Aurad Muhammadiahlah yang hidupkan perhubungan hati dan mental dengan semua itu, hingga mendorong aku mengambil tanggungjawab untuk mendoakan dan hadiahkan pahala kepada mereka semua. Ibu bapaku yang pernah tidak kupedulikan sudah sekian lama, olehmu Aurad Muhammadiah, kau buatkan aku amat menghargai mereka dengan doa dan menghadiahkan bacaan-bacaan itu pada mereka pula.

Guru-guruku ramai tapi tiada seorang pun yang mampu berbuat seperti Aurad Muhammadiah. Yakni meyakini kewujudan Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi, dua tokoh yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul untuk mengembalikan semula kebangkitan Islam ke dunia di akhir zaman.
Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka sangat merindui dan mengharapkan agar sejarah itu berlaku di tangan mereka. Sementelahan umat Islam kini kian hampir kehilangan segalagalanya. Amat pentinglah janji Tuhan itu direbutkan dan dibuat persiapan menyambut ketibaannya.

Aurad Muhammadiah adalah talian rohaniah, penghubung hatiku dengan Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Penyelamat dunia yang disimpan oleh Tuhan untuk umat Islam akhir zaman.

Begitulah kebesaranmu, Aurad Muhammadiah. Itu baru intro bagi pengembaraan bersamamu. Starting yang cukup interesting, wahai Aurad Muhammadiah. Beruntungnya hidup bersamamu, mendapat sesuatu yang dunia tidak mampu menyediakannya. Rohaniku mendapat kawan serta kebahagiaan yang dicari.

Pengembaraan seterusnya:

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. (Surah Al Fatehah).

Ayat pertama dalam bacaan Aurad Muhammadiah ialah ‘Al Fatehah’, Ummul Quran. Surat cinta agung dari Tuhan yang kalau difahami, manusia akan amat mencintai Tuhan.

Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan antara baik dan jahat, Utsman yang amat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi penyokong agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah Rasulullah SAW.

Ayat kedua ialah Zikir Syahadah, Khulafaur Rasyidin dan Imam Mahdi. Rasulullah SAW menjanjikan bahawa siapa menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat. Maka olehmu Aurad Muhammadiah, kau bariskan nama Allah dan Rasul dan team utama mereka yang paling gigih memperjuangkan Allah dan Rasul. Bahagianya hati bila berpeluang setiap hari lima kali dapat mengenangngenang Allah, Rasul, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Imam Mahdi.

Mengambil mereka untuk merujuk, mengadu, menyatakan cinta dan takut serta berjanji untuk ikuti jejak hidup mereka, adalah sandaran yang amat kuat. Aurad Muhammadiah, kau benar-benar menghiburkan.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. (Surah At Taubah: 128-129)

Ayat ketiga pula membuatkan cinta pada Allah dan Rasul makin mendalam. Hati tiada kepada yang lain lagi. Harapan sepenuhnya kepada mereka. Takut tidak ada lagi kepada selain-Nya.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim. (Surah Al Anbiya: 87)

Ayat keempat. Terhadap Allah dan Rasul yang sebaik itu, seagung itu, maka terasa diri kurang ajar menghadapi mereka. Zalimnya seorang hamba yang tidak mempedulikan cinta agung dari Allah yang Maha Baik.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al Ikhlas)

Ayat kelima. Terpesona dengan Allah yang menamakan diri-Nya tempat meminta tolong. Pengabdian total kepada Allah diterapkan oleh Aurad Muhammadiah.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya akan Kami adakan di antara kamu dengan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat suatu dinding yang tertutup. (Surah Al Israk: 45)

Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Surah Al Baqarah: 171)

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), maka Kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (Surah Yaasin: 9)

Ayat keenam. Mendapat janji yang pasti dari Allah, bahawa pencinta kebenaran nescaya dilindungi dari musuhnya.

Maksudnya: Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan Sahabat-Sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yang Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yang Engkau ketahui.

Ayat ketujuh. Menyatakan terima kasih tiada terhingga kepada Rasulullah SAW, keluarga dan Sahabat dengan meminta Allah selawatkan dan selamatkan mereka. Kerana merekalah, segalanya diberikan Allah kepada manusia. Demikian Aurad Muhammadiah menghubungkanku dengan Nabiku yang sudah wafat. Cinta Rasul berbunga semula.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan tepat, dan kerjakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya Aku melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah Saba: 10-11)

Ayat akhir. Allah menawarkan hadiah paling istimewa sepertimana pernah diberi pada Nabi Daud kalau kita sanggup cinta dan takut pada-Nya. Hebat Aurad Muhammadiah, membuat ending yang begitu mengghairahkan sekali. Manalah Abuya dan orang-orangnya tidak gilakanmu Aurad Muhammadiah. Meskipun dikebumikan tapi kau tetap dikenang! Moga-moga Syeikhnya dimuliakan Tuhan dan diangkat darjat. Amin, ya Allah.

Kesimpulan: Bahawa Aurad Muhammadiah ialah perjalanan menuju Tuhan dengan langkah yang cukup praktikal, berkesan dan tepat dengan keperluan zaman. Sayang, ia tidak boleh hidup di Malaysia.

Abuya Pejuang Kasih Sayang

Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’.

Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagaibagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.

Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah sistem hidup, dibangunkan oleh jemaah Abuya yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang. Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada pejuang-pejuangnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang julung-julung kali muncul di kurun ini.

Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003, Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema ‘Cintai Tuhan Cintai Sesama’.

Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. Di setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.

Hal ini turut membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanitawanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.

Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah bun-tu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir.

Selesai program, Mawaddah dan Rufaqa’ Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thai.

Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.

Demikianlah contoh-contoh di antara ribuan contoh lain yang memperlihatkan betapa hebat dan ajaibnya Abuya dan perjuangan Islam yang diperjuangkannya. Manusia biasa tidak mungkin mampu berbuat demikian. Bahkan di kalangan pemimpin sama ada pemimpin negara mahupun pemimpin yang memperjuangkan Islam yang ada pada hari ini, cubalah kita tunjukkan siapa di antara mereka yang boleh berbuat seperti mana Abuya. Hal ini tentulah berkaitan dengan latar belakang pendidikan Abuya, yang telah membentuk beliau menjadi satu peribadi yang begitu agung dan ajaibnya.

Segala kesusahan dan keperitan hidup yang dialami sejak kecil; bermula dengan kematian ibunya ketika berumur 4 tahun menjadikan Abuya berhati abid, berhati singa dan berotak geliga. Hidupnya waktu kecil bagai anak yatim piatu bilamana ayahnya pula walaupun masih hidup tapi jarang sangat berjumpa dan tidak tinggal bersama-sama. Abuya sedari kecilnya dijaga oleh:
1 Bapa
2 Bapa saudara iaitu Lebai Ibrahim dan isterinya Wak Imai Pilin (selama 5 tahun)
3 Datuk tirinya, Mohd Jirim dan nenek tiri di Segambut (selama 2 tahun)
4 Ibu tiri (selama 4 tahun) di Kuala Klang

Sesudah berkahwin, ketika berumur 20 tahun Abuya menumpang hidup di rumah dua orang bapa angkat yang kedua-duanya tinggal di Sungai Nibong, Tanjung Karang, Selangor, selama antara dua ke lima tahun.

Waktu di Segambut, di setiap malam Jumaat, Abuya akan tidur di rumah emak saudara yang bernama Halimah di Kampung Kebun Sirih, iaitu rumah kakak kepada bapanya.

Hidup Abuya sepanjang zaman kanak-kanak dan remajanya hanyalah menumpang dengan orang-orang yang tidak dikenali sebelumnya. Dari tangan ke tangan Abuya meniti perjalanan awal hidupnya di dunia ini. Sebuah kehidupan yang berjalan dalam keadaan ruangan hatinya sering merindui kasih sayang dari ibu dan bapa sendiri, yang dilihat dan dirasainya berlaku kepada orang-orang lain. Kata Abuya, Allah takdirkan semua orang yang ditumpangnya hidup itu sayang kepadanya. Abuya dapat rasakan betul-betul kasih sayang itu. Demikianlah adilnya Allah melayani hidupnya.

Namun, Allah jugalah yang mentakdirkan, hatinya tidak mahu menagih kasih kerana malu. Dia merasakan orang-orang itu semuanya bukan ibu dan bapanya sendiri. Mereka orang lain. Jadi dia malu sangat untuk menerima kasih sayang mereka semua. Dalam erti kata lain, dia tidak pun bermanja, meminta-minta itu dan ini seperti yang dibuat oleh anak-anak lain kepada ibu bapa dan orang-orang yang menyayangi mereka. Macam ada gap yang besar yang menghalang Abuya dari memanjakan dirinya dengan orang yang sayang padanya itu. Itulah rasa malu.

Ketika Abuya melihat adiknya bermanja dan berkasih sayang dengan Wak Imai dengan penuh kegembiraan, Abuya teringin untuk merasakan suasana itu. Tapi hatinya berkata dia bukan ibu sebenar, jadi Abuya malu!

Hati sering teringin itu dan ini tapi dia pendamkan keinginan itu semuanya kerana malu. Hal itu membuatkan orang-orang yang menjaganya lebih simpati. Dia tidak meminta apa-apa pun kepada mereka. Dia rasa tidak berani dan tidak mahu memintanya. Itulah Abuya seperti yang diceritakannya sendiri.

Rupa-rupanya anak yatim umumnya, begitulah hati mereka. Watak hati yang sangat-sangat merindui kasih sayang. Dan merasakan betapa mahalnya kasih sayang itu di dalam kehidupan seseorang. Sepinya dunia bagi seseorang yang ketiadaan kasih sayang. Kosongnya hidup, tiada apa yang hendak dipertahankan dan padanya mati pun tidak mengapa.

Hikmahnya, bagi orang-orang Tuhan, kekosongan itu diisi sepenuhnya dengan Tuhan. Hidup bersama Tuhan, meminta dan bermanja hanya dengan Tuhan. Memang kebanyakan pemimpin yang Tuhan lantik sama ada di kalangan para nabi, rasul, Sahabat (Khulafaur Rasyidin), mujaddid dan wali-wali besar, mereka mempunyai sejarah hidup yang sangat susah dan yatim atau yatim piatu. Kerana cara itulah Allah masukkan ke dalam hati mereka rasa hamba dan rasa bertuhan yang sangat tinggi. Allah kosongkan hati mereka daripada dunia semuanya, lalu kekosongan itu diisi dengan cinta dan takutkan Tuhan.

Abuya menceritakan bagaimana proses-proses yang dilalui dalam hidupnya sedari kecil untuk menjadikan dia pemimpin kepada jemaah yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang ini. Berlakulah beberapa tahap. Peristiwa-peristiwa yang dikira sebagai fakta-fakta penentu menjadikan dirinya begitu ajaib sekali, antaranya:

1. Peranan Lebai Ibrahim dalam hidup Abuya ialah mengajar ilmu tentang Islam, tarekat dan Imam Mahdi. Lebai Ibrahim itu orangnya tidak banyak bercakap. Jadi dengan Abuya, dia tidaklah mengajar secara direct, sementelahan Abuya ketika itu masih kanak-kanak. Namun, kata Abuya, beliau dapat ilmu dari Lebai Ibrahim kerana ikut mendengar waktu Lebai Ibrahim bercakap kepada majlis di surau. Kadang-kadang sampai tengah malam, membawa ke Subuh Abuya ikut mendengar perbualan Lebai Ibrahim dan jemaah surau. Hanya kerana malu, kerana Abuya masih kanak-kanak dan dia cuma seorang, Abuya buat-buat tidur, berselubung dengan kain pelekat. Walhal sebenarnya Abuya memang ikut mendengar semuanya. Abuya sangat minat, hinggakan untuk itu, sangat bersedia untuk tidak tidur malam.

Lebai Ibrahim seperti faham watak anak buahnya itu, sementelahan pula dia memang tahu yang Abuya adalah bakal Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi, maka kata Abuya, ke mana dia pergi, dia akan bawa Abuya. Dia berikan kasih sayang yang Abuya dapat rasakan betul. Cuma Abuya sahaja tidak menagihnya. Dia tidak pernah marah pada Abuya. Paling-paling tidak hanya menyindir saja agar Abuya perasan yang dirinya bersalah.

Lebai Ibrahim, kerana sangat menjaga Abuya, kalau dia ke mana-mana dia akan membawa Abuya bersama sekalipun untuk menjaga padinya agar jangan dimakan babi. Dibawanya Abuya tidur di bendang waktu malam. Tetapi kalau di kampung itu ada kenduri kahwin bersama ronggeng, Lebai Ibrahim akan hilang sendirian tanpa membawa Abuya. Bagi Abuya yang tidak tahu hal tapi ada hati untuk tengok kenduri kahwin, dia akan pergi seorang diri, meninjau-ninjau majlis dari jauh-jauh sahaja, di tempat gelap. Sekarang baru Abuya faham keadaan sebenarnya. Rupanya Lebai Ibrahim tidak mahu Abuya terlibat dengan majlis tersebut, jadi dia sanggup menghilangkan diri agar Abuya tidak berpeluang menghadiri kenduri itu. Demikianlah kasih sayang yang diberinya sangat berdisiplin dengan syariat Allah.

2. Bapa Abuya telah menyerahkan beliau kepada ibu bapa mentuanya seelok dipindahkan dari sekolah Pilin ke Segambut. Kedua-duanya merupakan datuk dan nenek tiri kepada Abuya. Rumahnya besar. Mereka tinggal bersama lima orang anak dan dua orang cucu yang semuanya perempuan. Ada juga seorang anak lelaki dan seorang menantu iaitu Ustaz Amin yang mengajar Abuya di sekolah agama, tinggal bersama di rumah itu. Tok Mohd Jirim itu ialah ketua kampung Segambut (Tok Empat). Orangnya cerdik, sangat rajin bercakap hal tinggitinggi tapi keadaan hidupnya sungguh miskin.

Saya tanya, apa perasaan Abuya, dipindahkan hanya untuk tinggal dengan keluarga yang begitu? Kata Abuya memang mulanya sedih sekali, rasa hendak balik ke Pilin. Namun selama dua tahun Abuya kena harungi hidup sebegitu.

Lagi sekali Allah takdirkan Tok Jirim sayangkan Abuya. Adilnya Allah. Kalaulah Abuya rasa dia tidak disayangi bahkan jadi pengganggu di situ, tentu akan sakitlah jiwa Abuya.

Tok Mohd Jirim akan bawa Abuya ke mana saja dia pergi. Mereka berkawan tapi tidak saling berbual sebab hanya Tok Mohd Jirim seorang saja yang bercakap. Gambarkan Tok Empat berkawan dengan remaja umur 13 tahun. Malam-malam kata Abuya, datuk tirinya itu akan ajak Abuya mendengar celotehnya. Kadang-kadang sampai pukul dua pagi. Penghuni lain semua sudah tidur, tapi mereka berdua bertemankan lampu minyak, ada program iaitu si datuk bercakap-cakap segala hal-hal yang tinggi-tinggi sementara si cucu hanya mendengar tanpa bertanya atau respond apa-apa. Abuya dengar sahaja dengan penuh minat. Membuatkan datuk itu tidak jemu-jemu bercakap, bercerita tentang macam-macam isu kemasyarakatan. Abuya sanggup dengar tanpa sepatah kata kerana wataknya waktu itu yang sangat pemalu dan sangat pendiam.

Macam berkursuslah Abuya sepanjang dua tahun di Segambut itu. Siang ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama darjah 6 dan 7, malam kursus kemasyarakatan. Tok Mohd Jirim juga ada bagi assignment mencari kayu api dan pucuk paku serta pucuk ubi. Tiap-tiap hari kata Abuya, dia hanya makan nasi dengan gulai pucuk ubi dan sambal belacan atau berlauk ikan bilis kerana miskinnya. Aktiviti Abuya adalah mencari pucuk-pucuk ubi untuk digulai. Memang Abuya begitu cerdik dan rajin serta pemalu dan pendiam.

Adapun mengapa Tok Empat itu begitu berminat dengan Abuya, saya rasa agaknya kerana bapa Abuya sudah bercerita tentang Abuya kepada bapa mentuanya itu. Ini kerana mereka sangat rapat berkawan bukan macam anak menantu. Sebab itulah Abuya dilayan begitu istimewa yang mana kata Abuya, selesai Abuya mendengar celotehnya, dia pergi tidur, barulah Abuya pun tidur. Ajaib.

Oleh kerana Abuya sangat pemalu, maka dengan semua saudara-saudara perempuan dalam rumah itu Abuya tidak pernah bercakap. Siang sama-sama berbasikal ke sekolah tapi tidak bercakap. Makan pun tidak sama. Abuya makan berdua dengan datuknya saja. Pelik. Begitulah sebuah kehidupan pahit tapi bermakna untuk seorang pejuang besar zamannya.

Selama dua tahun di Segambut, setiap malam Jumaat Abuya akan pindah ke rumah ibu saudaranya, kakak kepada bapanya dan tidur di sana. Itu arahan bapanya. Di sana, Abuya baca Quran dan tahlil seperti diminta. Ibu saudara dan keluarganya akan mendengar.

Bila ditanya, adakah Abuya gembira di rumah tersebut bersama abang sepupu bernama Sahnan, seperti sebelumnya, kata Abuya dia tidak bercakap pun. Abuya memang sangat pendiam walhal dalam hati banyak yang ingin ditanya kepada ibu saudara itu perihal sejarah hidup bapanya yang merupakan adik bongsu kepada tiga bersaudara. Tapi malunya menghalang semua itu.

Kalau bapanya ada sejarah mati tiga kali waktu kanakkanak, maka seorang kakak kepada bapanya dicuri orang waktu masih bayi, ketika dalam buaian. Hilanglah bayi itu. Bila dia ditemui semula? Yakni waktu sudah ada anak cucu, di Singapura. Dengan itu ramailah kaum keluarga Abuya di Singapura. Tapi dalam hal beragama, nampaknya ayahnya yang lebih menonjol, sedangkan kakak-kakaknya hanya beragama tradisi seperti orang Melayu biasa. Hubungan dengan Abuya tidaklah serapat mana.

Namun ketika Abuya difitnah dalam surat khabar dengan segala cerita-cerita buruk tempoh hari, semua keluarganya termasuk masyarakat di Segambut yang sangat faham watak Abuya tidak boleh terima fitnah itu. Orang tahu wibawa bapa Abuya yang bila dia pencen, tinggal di Segambut, apabila hendak dilantik jadi Tok Empat, dia tidak mahu. Orang tidak percaya, keluarga yang begitu disegani dan disayangi berbuat seburuk yang digambarkan.

1 Biasanya ibu tiri tidak baik hubungannya dengan anak tiri. Begitulah selalunya yang kita faham. Tapi Abuya bertuah, mendapat ibu tiri yang sangat sayang padanya. Sayangnya kepada Abuya lebih daripada anak-anaknya sendiri. Kata anak Abuya, Syeikh Fakhrurrazi, sewaktu remaja dia dan adikberadiknya tidak tahu pun bahawa Nenek Bedah itu nenek tiri dan Haji Jirim itu moyang tiri kerana perhubungan yang begitu baik, penuh kasih sayang dan kemesraan sepertilah keluarga-keluarga bukan tiri lainnya. Sesudah dewasa barulah dia faham rupanya Nenek Bedah itu adalah nenek tiri. Inilah lagi satu keajaiban dalam hidup Abuya dan keluarganya. Kasih sayang benar-benar dapat dirasakan berlaku dalam hidup mereka.

2 Apabila Abuya dipindahkan mengajar di Sungai Nibong, bapanya menghantarnya ke rumah seorang kenalan yang alamatnya diberikan oleh Pak Mat Kelang (Syeikh Mohd Abdullah ibnu Khairillah as Suhaimi). Orang itu ialah imam di kampung itu, Kiyai Jalal yang beramal dengan wirid Muhammadiah dan sempat berjumpa dengan Sayidi Syeikh Suhaimi. Sangatlah gembiranya Abuya kerana dipertemukan dengan orang seistimewa itu. Kerana rapatnya hubungan mereka maka Abuya tinggal di rumahnya dan menjadikannya bapa angkat. Rumahnya di kawasan estet kelapa di Sungai Nibong.

3 Abuya juga dapat berkenalan dengan seorang lagi bapa angkat iaitu tok siak yang juga ahli wirid tapi bukan pengamal wirid Muhammadiah. Dengan Pak Karim ini,

Abuya lebih rapat, betul-betul macam anak dan bapa hingga Abuya ikut ke bendang dan membantu apa juga tugasnya. Abuya tanggung makan minum dan tinggal lebih lama di rumah Pak Karim yang tinggal di tengah bendang itu. Ertinya selama di Sungai Nibong, Abuya tidak ada rumah sendiri dan hanya menumpang tinggal di dua rumah orang yang baru ditemuinya. Abuya berulang-alik dari bendang ke kebun kelapa bersama anak isteri. Sebuah sejarah menyayat hati. Kasih sayang yang terpaksa dicari namun hati tetap sepi kerana semuanya bukan asli. Kasih sayang yang sejati sudah dibawa pergi oleh ibu yang sudah tiada lagi.

Gambarkanlah kalau Abuya tidak bertemu dengan orang-orang yang menyayanginya, nescaya hancurlah hidupnya. Kasih sayang dirasakan padanya terlalulah mahal, umpama oksigen dalam kehidupan.

Dengan rentetan peristiwa tadi, bolehlah kita lihat cara Tuhan mencipta orang-Nya untuk menjadi pemimpin yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang kepada manusia. Dirinya dididik untuk mengambil dan menyimpan sebanyakbanyak maklumat sedari kecil sama ada di aspek duniawi mahupun ukhrawi. Dia tidak mengeluarkan, kerana tidak bercakap tapi sangat memproses untuk mengambil pendirian sama ada untuk akal atau roh. Setuju atau tidak adalah rahsianya. Akal menutup mulutnya dari membuka semua maklumat itu.

Apabila tiba masanya, kata Abuya, barulah dia berlatih bercakap, bersyarah demi menyampaikan cita-cita perjuangan yang sudah meluap-luap dalam dirinya.

Namun dalam sepanjang diamnya, dia dapatkan Tuhan untuk pengisian kekosongan yang dirasainya. Bacalah sajaksajak Abuya sekitar tahun 2000, semuanya adalah kisah cintanya dengan Tuhan. Dan kerana kasih sayang itu begitu didahagakannya, maka jadilah dia manusia paling sensitif dengan penderitaan orang lain. Sepertimana dirinya yang amat menginginkan, dapatlah dirasainya betapa orang lain itu juga amat mengharapkan kasih sayang. Alhasil, Abuya tercipta sebagai tokoh yang memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang. Dialah bapa kasih sayang.

DIALOG

Penulis: Kenapa tubuhkan Jemaah Jubah Hijau Darul Arqam?

Abuya: Kerana Allah dan Rasul. Wajib bagi kami berjemaah. Jemaah itu rahmat. Berpecah itu azab kata Rasulullah.

Penulis: Tapi jemaah Abuya dikatakan sesat. Jemaah yang terkeluar dari masyarakat ‘main stream’. Jemaah yang tak sesuai dalam negara majmuk.

Abuya: Jemaah apa pun kalau baru memang wajib menghadapi semua andaian-andaian itu. Tapi kalau sudah besar, sudah diterima, semua tuduhan itu tidak ada maknanya lagi.

Penulis: Ada harapan membesarkan jemaah lagi?

Abuya: Orang yang putus harapan dengan Allah hukumnya dosa besar.

Penulis: Bolehkah masyarakat terima? Sedangkan usaha-usaha menentang apa yang Abuya buat oleh segelintir orang sangat serius nampaknya?

Abuya: Pengalaman sudah banyak memberitahu kita bahawa kebenaran itu akan melonjakkan popularitinya di atas penentangan yang dibuat kepadanya.

Penulis: Mengapa begitu?

Abuya: Sebab kebenaran itu bersifat rohiyah manakala penentangan dibuat dengan akal. Roh dengan akal umpama air dengan gula. Bila bertembung, gula akan hilang di dalam air. Air jadi tambah sedap. Gula kalau ia cerdik, ia tidak akan mengganggu air.

Penulis: Sebenarnya apa cita-cita Abuya?

Abuya: Sesungguhnya hidup matiku untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
Penulis: Tapi nampaknya berbau politik?

Abuya: Memang Allah datangkan kita ke dunia untuk Islamkan dunia ini.

Penulis: Tapi orang tak boleh terima negara Islam macam yang Abuya mahu.

Abuya: Di dunia yang sudah tidak selamat ini, orang semuanya sedang amat rindukan keselamatan, kasih sayang, keadilan, kepedulian dan pertolongan. Itulah negara Islam yang saya maksudkan. Adakah orang takut keselamatan?

Penulis: Tapi Abuya bawa poligami. Itu menakutkan orang perempuan?

Abuya: Orang perempuan, bukan sahaja takut poligami. Dengan polis pun takut, dengan sakit pun takut, dengan peperiksaan pun takut. Tapi bila diberi faham sebaik-baiknya, setepat-tepatnya, semua ketakutan pun boleh hilang. Masakan Allah dan Rasul lakukan sesuatu itu sia-sia atau menganiaya. Bahkan sebenarnya Allah bermaksud seribu satu macam keindahan. Ada seribu satu keburukan. Di sebalik seribu satu macam ciptaan-ciptaan yang menyakitkan sebenarnya ada tersembunyi seribu satu macam kebaikan pula. Orang yang tahu, sebenarnya akan bersikap tidak menolak apa pun dari Tuhan. Kerana semua itu sebenarnya bermaksud baik kalau kita memahaminya.

Penulis: Abuya menawarkan hidup yang miskin sedangkan Abuya kaya.

Abuya: Saya kaya setelah saya miskinkan diri saya dan siapa pun yang sanggup jual beli dengan Tuhan dia akan perolehi keuntungan yang besar kemudiannya.

Penulis: Kenapa Abuya sakit teruk? Macam mana nak jadi pemimpin yang baik?

Abuya: Kalau saya tak sakit, ada yang bimbang kalau-kalau saya akan buat lagi. Maka Allah yang Maha Adil, buatkan saya sakit, namun jemaah saya tetap berkembang. Saya yakin sakit ini akan sembuh oleh kuasa Allah.

Penulis: Dalam jemaah Abuya pun banyak masalah.

Abuya: Sepohon pokok yang baik, ia tahu musim bila ia akan gugurkan daun-daunnya, bila berdaun semula, bila daun berputik lagi, bila dahan perlu dijatuhkan, ranting ditambah dan lain-lain. Jemaah itu benar atau tidak ditentukan juga oleh faktor kemampuannya mengemaskan diri dari masa ke semasa menurut kaedah yang tepat, masa yang sesuai, langkah yang baik dan orang yang betul-betul kena-mengena dengan persoalan.

Penulis: Jemaah Abuya banyak sangat ujian. Tapi banyak pula nikmat Allah?

Abuya: Memang sepanjang sejarah perjuangan kebenaran yang diperjuangkan oleh Allah dan rasul-rasul-Nya serta para mujaddidnya, ia penuh dengan ujian dan nikmat. Tidak nikmat saja dan tidak ujian saja. Duadua serentak supaya para pejuang sentiasa diimbangkan oleh rasa sabar dan rasa syukur. Ada ‘check and balance’ dalam jemaah Tuhan.

Penulis: Apa bukti sejelas-jelasnya yang jemaah Abuya ini betul-betul jemaah kebenaran dari Allah dan Rasul?

Abuya: Di setiap awal kurun hijrah, Allah dan Rasul memerintahkan umat Islam mencari mujaddid. Ada maksud Hadis yang menyebut: “Di setiap awal 100 tahun hijrah, Allah datangkan seorang pembawa agama (mujaddid).” Dan ada Hadis yang menyatakan, “Dia dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dihalang oleh penentang-penentangnya.”
Lihatlah tiga ciri mujaddid yang disebut oleh Allah dan Rasul.
1 Datang di awal kurun.
2 Dapat zahirkan cara hidup Islam dalam realiti.
3 Tidak dapat dirosakkan oleh penentang-penentang yakni perjuangannya dapat diteruskan walaupun penuh halangan.

Mulanya saya memang mencari pemimpin itu yang ciri-cirinya menepati kehendak Allah dan Rasul. Namun tidak saya temui. Maka saya berfikir untuk mencuba menjadi pemimpin itu. Berdasarkan apa yang telah dan sedang berlaku kepada saya dan jemaah saya, maka saya yakin inilah dia jemaah itu.

Penulis: Tapi Aurad Muhammadiah dan Imam Mahdi difatwakan sesat?

Abuya: Memang ada dua aliran fahaman yang saling sesatmenyesatkan satu sama di dunia umat Islam waktu ini. Kedua-dua mendakwa merekalah yang benar. Walhal kebenaran dari Allah dan Rasul itu, hanyalah satu dan cukup jelas. Jadi bagi menghadapi kemelut dunia yang sangat rosak dan kronik ini, sesiapa yang betul-betul benar, tentu Allah akan pimpin untuk dapatkan jalan kebenaran (siratalmustaqim) ini dengan selamat tanpa tergugat oleh halangan yang mengganggunya.

Penulis: Abuya ada memasukkan dalam perjuangan ini unsurunsur yang menimbulkan keraguan seperti hal-hal ghaib mengenai malaikat maut, air janggut, tawasul dan khadam.

Abuya: a. Malaikat maut
Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa kepada-Nya dalam apa masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allah-lah yang merupakan kuasa mutlak untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi Allah itu meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk berurusan dengan ‘pegawai-pegawai tadbir’-Nya dalam kerajaan Allah seperti malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir. Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.

b. Air janggut
Dalam perubatan dan perawatan terutama masalahmasalah rohaniah, kejiwaan, sakit mental dan lain-lain yang bukan fizikal, para tabib atau doktor-doktor rohani ini akan menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang mursyid yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat di sisi Allah dan Rasul. Bukan doanya sahaja, janggutnya pun boleh diterima Allah sebagai sumber doa dan berkat.
Sejarah Sayidina Khalid ibnu Walid membawa janggut Rasulullah ke setiap medan perang dan menang adalah bukti bahawa pada Rasulullah itu bukan doanya sahaja, tapi janggutnya pun boleh membuat Allah kabulkan hajat Khalid. Seorang mursyid pewaris Rasul boleh juga diperlakukan oleh murid-murid di zamannya sebagai batang tubuh Rasulullah. Kalau anda ragu dengan semua ini, cubalah istikharah, bertanya Allah dan Rasul akan jawapannya.

c. Tawasul
Mari kita jangan bergaduh tentang masalah ini, tapi kita manfaatkan krisis ini untuk membangunkan Islam. Siapa yang yakin tawasul itu dibenarkan oleh Allah dan Rasul, silakan bertawasul sampai terhasilnya Islam di tengah masyarakat Islam. Siapa yang tidak yakin dengan tawasul itu pun boleh, silakanlah berjuang dengannya hingga umat Islam menjadi cukup kuat dan berwibawa dengan pembangunan insaniah dan material yang cukup hebat. Mudahmudahan Allah memberi taufik kepada kita semua.

d. Khadam
Ilmu ini dianggap karut oleh sesetengah golongan umat Islam, tapi dengan izin Allah dan Rasul, jin memang ada pernah beriman dan berjuang dengan Rasulullah. Allah Maha Berkuasa mampu untuk ciptakan itu semua. Jin yang taat kepada pemimpin Islam memang boleh diberi arahan tertentu untuk bantu perjuangan. Ingatlah musuh-musuh Islam sanggup menggunakan sihir dengan segala bala tentera jin untuk menghancurkan Islam, maka tentulah dengan keadilan Allah, umat Islam boleh melakukannya secara yang halal dan dibenarkan agama.

Penulis: Apakah rahsia Abuya boleh membangunkan semula jemaah yang sudah hancur? Dari mana Abuya dapat duit banyak untuk membangunkannya?

Abuya: Allah dan Rasul sahaja yang tahu bagaimana agama-Nya dapat dikembalikan. Ertinya Allah dan Rasul yang memimpin dan menunjuk ajar untuk berstrategi terhadap musuh-musuh agar agama-Nya itu dapat menguasai suasana. Duit pun dari Allah juga. Jangan sangka Allah tidak ada duit bahkan yang Maha Kaya itu ialah Allah. Kenapa tidak manfaatkannya.

Penulis: Abuya yakin akan menang?

Abuya: Sebuah jemaah kalau benar dijanjikan oleh Allah dan Rasul, pemimpinnya memang dilantik sendiri oleh Allah dan Rasul bernama mujaddid, maka kemenangan untuknya. Bukan sahaja Allah janjikan di Akhirat dapat Syurga, tapi juga akan dapat kuasa di dunia, insya-Allah.

Sepuluh Tahun ISA

Julai, tahun 1994, Abuya bercakap pada Datuk Norian Mai, Timbalan Ketua Polis Negara (ketika itu), “Kalau buat juga kerja menghancurkan badan Islam ini (Arqam) kami tak lawan, tapi Mahathir (PM) dan Anwar (TPM) akan jatuh.”

“Baiklah,” kata Norian Mai, “Kerajaan sudah buat keputusan, kami akan guna ISA kepada kamu dan kalau kamu tak lawan, senanglah kerja kami.”

Maka sejak itu, Ogos 1994 hingga Oktober 2004, Abuya di-ISAkan manakala Arqam lenyap.
Pada hari Abuya ditangkap, hari itulah juga Abuya bercuti kerana tamatnya kembara tujuh tahun Abuya di luar negara. Sebelumnya Abuya terhalang untuk pulang disebabkan uraura hendak menangkapnya oleh pihak kerajaan. Setelah tujuh tahun selesai berjuang membangunkan jemaah di beberapa negara di dunia, Abuya seolah-olah ‘memaksa’ kerajaan membawanya balik ke Malaysia.

Setelah terbuang tujuh tahun di luar negara, sepatutnya perjuangan Abuya sudah berakhir tetapi sebaliknya ia bertambah kuat dan memaksa kerajaan membuat ekstradiksi untuk mengambil Abuya pulang. Heboh satu dunia pada hari Abuya ditangkap itu. CNN satu-satunya sumber berita yang ada di tempat kejadian di utara Thailand, di mana Abuya dirampas dari jemaahnya untuk dirumahtanggakan di negara sendiri bersama warga KDN, polis dan SB (Cawangan Khas) yang menjadi kakitangan ISA.

Sebenarnya Abuya gembira kerana dapat pulang dan dapat hidup bersama Malaysia. Sedangkan tujuh tahun sebelumnya berada bersama masyarakat antarabangsa semata-mata. Apa salahnya dapat tinggal dengan manusia-manusia yang cukup penting bagi keselamatan negara? Sedangkan tanpa cara ini mana mungkin boleh bersua muka dengan golongan eksklusif ini? Duduk-duduk dan berbincang-bincang dengan mereka. Jangan-jangan boleh menghasilkan sesuatu yang cukup menguntungkan. Sedangkan di luar negara, hidup di tengah-tengah bangsa asing, lain budaya, lain bahasa pun rasanya begitu untungnya untuk perjuangan, ini kan pula sesama warganegara sebangsa dan seagama?

Ya betul, ISA rupanya majlis perbincangan perihal keselamatan. Satu pihak perjuangkan keselamatan dan kebenaran, satu pihak lagi pun memang memperjuangkan perkara-perkara yang sama. Masya-Allah, sungguh ajaib. Pertemuannya amat bermakna. Percayakah anda bahawa di bilik interrogation berhawa dingin itu, terjalin ikatan sefahaman antara yang ditangkap dengan yang menangkap? Bila kebenaran ditemukan, kuasa Allah telah menyatukannya.

Anda percaya atau tidak bahawa di akhir-akhirnya, selepas 10 tahun, di hari dibebaskan, Abuya berkata, “Saya akan bagi kerjasama dengan Kerajaan Islam Hadhari” dan ISA berkata, “Selamat pulang sirih ke gagangnya, belut ke lubuknya dan selesaikanlah masalah negara yang terjadi sepanjang ketiadaan tuan.”

Sepuluh tahun sebenarnya proses menyatukan dua perjuangan. Sepuluh tahun jugalah proses menurunkan kedua dua Mahathir dan Anwar untuk diciptakan Malaysia sebagai negara Islam Hadhari.

Satu hari ketika Abuya memulakan pembangunan bandar Rufaqa’ di Bandar Country Homes pada 30 Oktober 1997, yakni pembukaan pasar raya Ikhwan, polis dan SB Rawang bertanya, “Kenapa buka kedai?”
“Tuan, keluarga saya besar, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu saya ramai. Kalau tidak ada kedai sendiri takuttakut ada mereka yang tak dapat makan dan tak dapat susu. Lagipun saya orang Islam, Tuhan suruh hidup di atas usaha sendiri,” jawab Abuya.
“Mana ustaz dapat duit?” SB tanya lagi.
“Dari Tuhan,” kata Abuya. Ini membuatkan SB hairan. Tak
lama selepas itu, Abuya buka klinik pula.
SB tanya lagi, “Mengapa buka klinik?”
“Saya kena pastikan semua keluarga saya ikut cara hidup Islam. Saya bertanggungjawab kepada keluarga besar saya ini supaya tidak terlibat dengan kaedah perubatan yang tidak mengikut syariat Islam terutama dalam hal bersalin,” kata Abuya.

Demikianlah satu-persatu projek dibangunkan oleh Abuya dan difahamkan kepada SB yang Islam atau bukan Islam ten-tang tujuannya. Apabila bandar Rufaqa’ itu sempurna, lengkap dengan panggung wayang Islamnya sekali, Abuya beritahu teman-teman SBnya itu, bahawa beliau telah menjayakan has-rat kerajaan yang mahukan orang Melayu membangunkan ekonomi sendiri. Sekalian SB di pejabat itu pun akur dan apabila ada pihak-pihak hasad dengki minta ditutup sahaja bandar itu dan minta Abuya dikeluarkan dari Rawang ke Labuan, maka SB berkata, “Jangan tutup projek ekonomi Melayu itu. Biar kami pantau, awasi dari unsur-unsur negatifnya.” Di antara SB itu ada yang bukan Islam iaitu Mr. Asyok.

DI LABUAN

Ini ialah perancangan terakhir kerajaan Malaysia pada tahun 2002 untuk tamatkan riwayat perjuangan Abuya, setelah didahului oleh berbagai-bagai plan sebelumnya. Yakni setelah diharamkan berkali-kali. Setiap kali diharamkan itu, semua orang berfikir, “Habislah Arqam.” Tapi setiap kali itulah Arqam terus hidup.

Ada SB cakap pada saya dan Abuya, “Kami ikuti ustaz sejak mula-mula Arqam ditubuhkan. Ketika krisis dengan Akbar Anang tahun 1978, kami dapati ustaz dapat menguasai suasana. Waktu krisis dengan Mokhtar Yaakub pada 1984 lagi, ustaz memenanginya. Sungguh mengejutkan kami. Sangat tak logik. Ramai orang bertanya-tanya, apa kekuatan Ustaz Ashaari sebenarnya. Dengan Akbar Anang, ustaz menang. Mungkin faktor Akbar Anang hanya ada kelulusan dunia tanpa kelulusan ilmu agama. Tapi dengan Mokhtar yang ada dua-dua kekuatan, sijil dan agama pun boleh tewas di tangan Ustaz Ashaari. Memang ajaib.”

Tapi kata SB itu lagi, “Kali ini dengan Mahathir selesailah.” Sangat yakin nampaknya dia dengan fikirannya itu.

Hinggalah apabila lapan tahun kes Abuya tidak selesaiselesai lagi, ada SB cakap, “Ingatkan senang hadapi Arqam. Rupanya paling susah. Ada, macam tak ada. Tak ada, macam ada.”

Maka di hari Abuya dibebaskan dari ISA setelah 10 tahun berbincang, bertukar fikiran, mencari kebenaran dalam keadaan polis cukup yakin Abuya bukan sebuah ancaman lagi kepada kerajaan bahkan satu aset, maka ada SB yang cakap, “Pulanglah wahai belut ke lubuknya. Pulanglah wahai sirih ke gagangnya. Selesaikanlah segala gejala dalam negara yang berlaku sepanjang ketiadaan tuan.”

Teringat saya, kisah yang berlaku kepada seorang wali besar iaitu Yazid Bustami di Baghdad, Iraq. Selama tujuh tahun dia dikeluarkan dari negaranya, Iraq menderita dengan macam-macam bencana. Akhirnya ada seorang yang beri pandangan, “Kembalikan Yazid ke Baghdad.” Betul, masya-Allah, Iraq jadi aman sekembalinya Yazid. Lalu saya selalu terfikir, siapa yang akan jemput Abuya pulang? Jawapannya ruparupanya sungguh menakjubkan. Abuya dijemput oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia (KDN). Perdana Menterinya, Abdullah Badawi.

Maka bebaslah Abuya akhirnya setelah menanti dan menunggu selama sepuluh tahun. Kata polis, “Bukan senang untuk bebaskan ustaz. Kami terpaksa mengkaji jauh keluar dan ke dalam. Dan terpaksalah kami katakan, musuh-musuh ustaz masih kuat. Mereka sangat yakin ustaz akan hidupkan semula ajaran yang sudah diharamkan. Bila hendak dibebaskan, mereka tak rekomen ustaz dibebaskan. Jadi ustaz, kalau betul andaian itu, mungkin ustaz akan ditangkap lagi.”

Sebenarnya apa yang musuh-musuh itu cakap memang betul. Sebelum dibebaskan lagi, Rufaqa’ telah muncul menggantikan Arqam. Gambarkanlah kalau Abuya bebas. Cuma pemerhati hendak melihat bagaimana Allah dan Rasul melalui Abuya dapat melepasi halangan itu. Dikatakan ‘Allah dan Rasul’ sebab sudah ramai orang Islam yang yakin sungguh bahawa kekuatan Abuya ialah Allah dan Rasul.

Kalau bukan kuasa Allah, masakan Abuya dan perjuangannya boleh jadi begitu sekali. Cukup banyak bukti-bukti yang Allah buatkan untuk manusia yang berfikir berkata, “Abuya ini kebenaran dari Allah. Ini betul-betul ulangan sejarah yang Allah buatkan untuk perjuangan Islam kali pertama oleh Rasul dan para Sahabat.”

Setiba kami di Labuan, diberilah taklimat-taklimat yang dikira boleh membuatkan Abuya dapat dikembalikan menjadi rakyat biasa di Malaysia. “Kamu akan dihantar pulang nanti di dalam keadaan cukup bersih dan diterima sebagai rakyat Malaysia yang baik.” Begitulah penutup taklimat oleh Tuan Saravanan, Chief Inspektor di Labuan.

Betul, dua tahun kemudian, Abuya dibenarkan pulang. Tapi sebenarnya waktu itu Rufaqa’ sudah menjadi satu syarikat perjuangan Islam yang bertaraf antarabangsa. Berbondong-bondong orang dari dalam dan luar negara datang ke Labuan menerima kepimpinan Abuya. Projek-projek ekonomi tumbuh merecup di Australia, Indonesia, Jordan dan lain-lain negara.

Sekali lagi akal-akal manusia tersasar dalam menjangkakan nasib Abuya. Sebab gerakan ini bukan perancangan akal, tapi ia bersifat roh. Benarlah kata-kata Syeikh Mohsin Al Labban dari Australia. Dia datang pada Abuya pertama kali ketika Abuya ditahan di Rawang setelah mendapat ‘alamat’ dari Rasulullah. Bila mendengar Abuya ditukar ke Labuan, dari Australia dia bersumpah, “Wallahi. Ini ujian terakhir dari Allah untuk kamu. Nescaya kamu akan menang selepas ini.”

Dia ialah ulama nombor satu bagi umat Islam di Australia. Ketika Abuya di Labuan, dia datang menziarahi Abuya sekali lagi. Dan sumpahnya betul-betul menjadi. Ternafilah sumpahsumpah akal yang dibuat selama ini. Di Labuanlah Kerajaan British menamatkan penjajahannya di Malaysia dan di Labuan juga rupanya Allah pilih untuk Abuya menutup ISAnya. Menghentikan krisis dengan kerajaan dalam keadaan Mahathir dan Anwar sudah dijatuhkan dari kekuasaannya. SB yang menyambut kepulangan berkata dengan jelas, “Putrajaya milik Abuya.”
Di sini biar saya dedahkan sedikit peristiwa yang berlaku semasa kami ditahan di Labuan. SB menyangka Abuya akan tewas tapi rupa-rupanya Abuya menang besar di sana. Menurut nilaian akal mereka, logiknya plan yang dibuat boleh menghancurkan Abuya. Tapi bagaimana plan itu boleh gagal?

Ia bermula bilamana seorang tokoh politik di Labuan yang begitu sombong dan menghina Abuya di depan Ketua Majlis Negeri, di pejabatnya sewaktu majlis perkenalan. Gaya duduknya bersila panggung dan menghadapkan kasutnya ke arah muka Abuya, cukuplah menyakitkan. Belum lagi cakapnya.

Di situlah SB mula bersimpati dengan Abuya. Tuhan Maha Kuasa untuk menukar keraguan SB pada Abuya dengan rasa simpati. Maka bila tiap-tiap Isnin kami lapor diri ke balai, SB akan layan dengan baik. Ajak berbual-bual, bertanya masalah dan memberi panduan-panduan. Abuya pun ambil kesempatan kenalkan Tuhan.

Kepada tokoh politik tersebut, Abuya tidak berdendam bahkan Abuya meminta semua orang-orang Rufaqa’ terutama keluarga Abuya yang datang ke Labuan menyewa tempat tidur di hotel milik tokoh politik tersebut yang sudah ketiadaan pengunjung itu. Akhirnya meriahlah hotel tersebut kerana tidak putus-putus dikunjungi oleh keluarga, pengikut dan tetamu Abuya selama dua tahun Abuya di Labuan.

Terkejut besarlah para SB kerana melihat Abuya sanggup berbuat baik kepada orang yang membenci dan memusuhinya. Lagi sekali akhlak Abuya telah dapat menawan hati orang-orang yang hendak menentukan nasibnya di Labuan.

Akhirnya SB jadi kawan Abuya. Maka Abuya telah selesaikan banyak masalah-masalah mereka. Lalu jelaslah pada pihak SB bahawa Abuya bukanlah orang jahat bahkan orang baik-baik. Abuya bukan musuh tapi kawan yang menolong. Abuya bukannya membahayakan tapi sangat menguntungkan.

Alhasil, SB tidak curiga lagi dengan Abuya. Mereka membuat laporan-laporan yang baik-baik tentang Abuya sepanjang dua tahun di Labuan. Abuya dibenarkan membuat aktivitiaktiviti syarikat hingga ke peringkat antarabangsa.

Bukan tidak ada usaha-usaha dari tokoh tersebut dan orang-orangnya yang cukup takut kehilangan pengaruh untuk menjatuhkan dan memfitnah Abuya tetapi semuanya Allah tangkis melalui tangan-tangan SB yang sudah faham siapa Abuya sebenarnya iaitu mangsa kerakusan orang-orang politik.

Bila fitnah itu mengatakan Abuya cari pengaruh, SB pun jawab, “Macam mana orang yang tak boleh bercakap nak cari pengaruh.”

Bila fitnah berbunyi bahawa Abuya bawa ajaran sesat, SB akan jawab, “Abuya orang baik-baik.”

Bila fitnah itu mengatakan Abuya ada cita-cita politik, SB jawab, “Itu ialah motivasi perniagaan supaya orang-orangnya berjaya.”

Bila fitnah mengatakan Abuya ada agenda tersembunyi, SB kata, “Tidak ada. Tidak ada yang merbahaya dan dia bukan ancaman. Semua tuduhan itu berpunca dari orang yang hasad dengki dengannya.”

Masya-Allah, kebesaran Allah kerana mengubah hati-hati SB terhadap Abuya. Itulah kekuatan Abuya.

Dalam kesnya, Abuya juga terpaksa berhadapan dengan golongan ulama rasmi. SB menyaksikan dua puak bertelagah tentang agama. Tapi jelas yang satu praktis, yang satu hanya bercakap sahaja. Walaupun secara ilmu mereka tidak tahu siapa betul dan siapa salah tapi hati mereka lebih yakin dengan agama Abuya.

Elok saya turunkan di sini, dialog antara Abuya dengan pihak agama yang berlangsung di depan SB dari Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah di majlis terakhir pertemuan bulanan itu, sebelum Abuya dibebaskan dari ISA. Sebenarnya dialog sering berlaku, kadang-kadang jadi tegang, tapi cukuplah saya berikan satu contoh saja.

Ulama rasmi: Kami minta Ashaari membuka serban sebelum dibebaskan.
Abuya: Saya tidak setuju. Kalau kena buka serban, tak bebas pun tak apa. Saya pakai serban ini bukannya ada apa-apa. Bukan seronok pun. Di waktu ulama-ulama pun sudah tidak memakainya, saya hanya ingin mempertahankan satu syiar Allah, Sunnah Rasul. Kalau kena buka juga, siapa lagi yang akan membesarkan hak-hak Allah dan Rasul di muka bumi ini?
(Waktu itu ulama-ulama rasmi yang datang itu tidak pakai songkok pun).

Alhamdulillah, KDN melalui wakilnya telah membebaskan juga Abuya tidak lama selepas itu, tanpa memaksa Abuya membuka serbannya.

Demikianlah Allah memerangi orang yang memerangi-Nya, lantas menanglah orang Allah. Abuya akhirnya dapat kemenangan di Labuan. Kemenangan yang dimaksudkan itu ialah boleh membangunkan Islam ke peringkat antarabangsa dan berjaya meyakinkan SB bahawa dia tidak bersalah.

Maka Abuya pun dibebaskan dari ISA dengan mendapat ramainya kawan dari kalangan polis dan SB. Semua plan yang disiapkan untuk menghalang Abuya tidak menjadi kerana awal-awal lagi Abuya telah ‘menawan’ hati mereka. Bila hati sudah tertawan, akta dan undang-undang sudah tidak boleh menguasai lagi. Bijaknya Allah, mengajak orang mencintai-Nya, lalu dengan cinta, orang akan ikut kata-kata-Nya tanpa arahan dan paksaan. Orang sanggup tinggalkan cinta-cinta sebelumnya.