Siapa di Belakang Abuya?

Anda tentu terfikir-fikir betapa ajaibnya ciptaan Tuhan kepada Abuya ini. Memang Abuya ada berkata, seajaib-ajaib ciptaan Tuhan ialah mencipta orang yang paling bertaqwa iaitu Rasulullah SAW. Bagindalah makhluk barang ciptaan Tuhan yang paling menakjubkan dibanding dengan seluruh ciptaan yang lain-lainnya. Terutama hati atau rohnya itulah yang paling hebat ciptaannya. Hatinya tidak seperti hati-hati lain, kerana:

1 Mampu menerima wahyu.
2 Bila disakiti, dia memaafkan dan mendoakan.
3 Bila ditimpa kejahatan, dibalasnya dengan kebaikan.
4 Walaupun dijamin Syurga tetap banyakkan sembahyang kepada Allah di waktu malam.
5 Ditimpa kesusahan, sangat redha dan takut kepada Tuhan.
6 Dilimpahi nikmat, sangat malu dan takut kepada Tuhan.
7 Senang dengan kemiskinan, takutkan kekayaan.
8 Tidak menyimpan makanan di malam hari.
9 Berani berjalan di depan musuh seorang diri.
10 Tidak membunuh di medan perang.

Jadi Abuya juga sebenarnya merupakan ciptaan paling ajaib di dunia untuk zaman ini kerana:

1 Tidak sekolah tinggi tapi ilmunya tinggi-tinggi kerana hatinya boleh menerima ilham dari Allah.

2 Tindakannya, strategi perjuangannya, langkah-langkah menghadapi musuh yang diambilnya, pembangunan material yang dibuatnya adalah berteraskan atau bermodalkan taqwa yakni dengan membaiki diri. Yakni semuanya bersifat kebijaksanaan roh dan bukan akal sematamata.

3 Tidak menjawab, tidak melawan, bahkan beri kerjasama atau membuat kebaikan di atas kejahatan-kejahatan yang ditimpakan padanya.

4 Sangat sabar dan redha dengan Tuhan di atas segala penderitaan yang ditimpakan padanya.

5 Hidup tanpa harta peribadi, demi membangunkan kekayaan jemaah, kaum dan agamanya.

6 Sangat cerdik dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan padanya. Tidak seperti ustaz-ustaz lain, beliau berfikir dan bercakap dalam semua aspek hidup masyarakat.

7 Tidak berhutang dan tidak suka dengan orang-orang jemaahnya yang berhutang. Sumber rezekinya tidak diduga, yang Allah janjikan.


Kalau Rasulullah dibelakangi oleh Jibril yang selalu datang kepadanya membawa kiriman-kiriman Allah, maka Abuya pula selalu didatangi Rasulullah untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan. Datang juga kepada beliau Muhammad ibni Abdullah, Imam Mahdi, secara roh untuk memberi ilmu-ilmu apalagi bagi mempersiapkan jemaah. Kedatangan kedua-dua ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:

1 Rasa hati yang kuat untuk bertindak.
2 Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Abuya pun belajar dari situ.
3 Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material.

Itu bukti bahawa semuanya bukan syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.

Pernah seorang syeikh di Jordan, Syeikh Abu Mush’ab memanggil Abuya ke rumahnya di Jordan (waktu Abuya tinggal di sana) dan menunjukkan buku catatan beliau. Di dalamnya disebutkan perihal Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan. Mesej itu datangnya dari dua orang Muhammad bin Abdullah. Pertama, Rasulullah SAW dan kedua, Imam Mahdi.

Syeikh Abdussalam Al Harras dari Maghribi berkata kepada Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986. “Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di tempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.” Kata-kata itu disebutkannya dari Rasulullah yang memberitahu beliau sebelum Abuya tiba ke rumahnya pada tahun 1986 itu.

Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah. Diceritakan oleh Dr Mahmud Maghlani dari Madinah, yang kini jadi menantu Abuya bahawa pada suatu hari syeikhnya (Syeikh Abdul Nasir itu) mengajaknya ke Malaysia untuk pertama kalinya. Sampai di airport Malaysia, mereka tidak pasti mahu ke mana lalu tinggal di satu apartment dekat Tabung Haji di Kuala Lumpur.

Hari kedua Dr Mahmud pergi ke pasar, terjumpa seorang pemandu teksi yang bercerita tentang Abuya. Bila syeikhnya tahu, diarahkannya untuk bertemu Abuya.

Susah payah hendak jumpa Abuya yang waktu itu dalam ISA (tahanan daerah), namun Allah temukan juga akhirnya. Dan setelah selesai perbincangan semuanya, Dr Mahmud berkata syeikhnya baru memberitahunya bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Rasulullah. “Saya bawa mesej Rasulullah SAW kepada Abuya,” kata Syeikh Abdul Nasir.

Ada seorang syeikh tarekat lagi dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar yang Abuya tahu tentangnya hanya kerana diilhamkan Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah seorang lagi orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di akhir zaman.

Maka Abuya pun menghantar wakilnya ke sana. Walhal Iraq dalam perang. Di satu kesempatan ‘Iraq Fair’, orang Malaysia termasuk yang dijemput ke Baghdad untuk menyertai ekspo tersebut, maka orang Abuya atas nama Rufaqa’ dapat sampai ke rumah Syeikh Abdul Jabbar itu. Perjalanan yang agak jauh, dalam keadaan bimbang dengan suasana perang membuatkan para wakil sangat bersyukur kerana misi itu berjaya. Bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi pun, Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya, “Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).”

Perjuangan Abuya ini memang ajaib. Kerana terjadinya segala macam perkara luar biasa yang melibatkan alam ghaib di dalamnya. Biar dimasukkan lagi beberapa contoh membuktikannya. Ini kerana kata Abuya, perjuangan yang tidak mampu melibatkan kejadian-kejadian ghaib di dalamnya, maka ia bukanlah perjuangan kebenaran.

Pada tahun 1985, ketika Abuya tinggal di Taman Tun Dr Ismail, tiba-tiba kami diberitahu ada ancaman untuk Abuya dari pihak tertentu, dikeranakan pengaruh Abuya yang sudah membesar. Bergegaslah kami ke Singapura dan terus ke Amman, ibu negara Jordan. Itulah peristiwa awal, mengapa Abuya keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun. Bila pasport antarabangsanya habis, beliau menyorok-nyorok balik untuk selesaikan pembaharuan pasport. Lari malamlah juga Abuya.

Baru satu hari di Amman, Jordan, Abuya telah dapat mesej dari wakil Rufaqa’ di Amman mengatakan ada seorang Arab cari Abuya. Maka pertemuan pun diaturkan. Lima orang lelaki Arab berpakaian gaya ulama memperkenalkan diri sebagai kumpulan Mumtaziruun. Nama masing-masing belum disebut. Dalam pertemuan itu, tanpa perkenalan apa-apa mereka terus bertanya Abuya, “Kamu yakin dengan Imam Mahdi?” Abuya pun mengangguk mengiakan bahawa dia yakin dengan Imam Mahdi. Bahkan kerana terlalu yakinlah Abuya dimusuhi di negaranya. Keluar negara pun atas kes Imam Mahdi yang dituduhkan kepadanya sesat.

Soalan kedua sungguh memeranjatkan Abuya, “Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam Al Quran?” Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak! Lalu terdetik di hati Abuya, jangan-jangan ini lagi perangkap untuk Abuya berkait dengan Imam Mahdi. Sudahlah di negara sendiri orang tidak boleh terima, di negara Jordan pula hendak diperangkap dengan cara ini? Dalam keadaan Abuya berfikirfikir apa mahu dijawab, tiba-tiba ketua kumpulan itu berkata, “Kamu tahukan Al Quran ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam air.”

Kata ketua kumpulan Muntaziruun itu lagi, yang begitu mencengangkan Abuya ialah, “Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat.”

Syeikh itu menyambung, “Rasa hati seperti ini, kalau diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak.”

Abuya terpegun mendengar penjelasan maksud apa yang dikatakan nas tentang Imam Mahdi ada dalam Al Quran.

Soalan terakhir ditanyakan kepada Abuya hari itu ialah, “Apakah kamu bertemu dengan Imam Mahdi?”

Abuya tunduk agak lama. Susah hendak menjawab soalan itu. Tapi akhirnya Abuya jawab, “Itu rahsia saya.”

Muntaziruun itu senyum dan berkata, “Kami faham!” Majlis pun bersurai.

Hinggalah esoknya, melalui wakil Arqam waktu itu, Syeikh Abu Mush’ab itu menjemput ke rumahnya. Dan perhubungan menjadi seperti keluarga sampai sekarang. Beliaulah yang disebut di atas tadi bahawa dia mendapat mesej dari Rasulullah dan Imam Mahdi tentang Abuya.

Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah saya soalkan padanya. Dalam keadaan susahnya hendak makan nasi, dalam musafir di negara Arab, saya pun bertanya, “Mengapa kita tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan dalam hal Imam Mahdi ini? Ia kan hanya perkara khilafiah. Sedangkan mempertahankannya kita terpaksa berpisah dengan keluarga, negara dan budaya.”

Abuya dengan marah berkata, “Pemimpin besar nak datang, kamu suruh diamkan?” Begitulah sekali rupanya perasaan hatinya terhadap Imam Mahdi ini.

Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihancurkan jemaahnya dan difatwakan oleh negara perihal ajarannya itu sesat, namun Abuya dapat melepasi semua itu dan dia masih selamat mengemudikan kapal perjuangannya ini. Abuya dapat kembali ke persada dengan selamatnya. Ia membuatkan tidak sedikit rakyat Malaysia terkejut besar dengan kejadian ini. Ramai yang berfikir, kalau begitulah liku-liku perjuangan yang Abuya mampu ciptakan, nescaya Abuya ada masa depan.

Sungguh! Di belakang Abuya ada dua orang Muhammad bin Abdullah. Pertama, Rasulullah SAW. Kedua, Imam Mahdi. Kedua-duanya ghaib tapi tetap hidup di alam ghaib. Bahkan Imam Mahdi akan zahir ke dunia semula seperti turunnya Nabi Isa a.s.

Mereka berdua memberitahu Abuya bahawa kalau tidak ditolong oleh mereka, dengan izin Allah, nescaya perjuangan Abuya sudah berkubur. Bukan oleh ISA, sebelum itu lagi, iaitu ketika dibuang ke luar negara. Mana ada pejuang yang bila negara sudah bertindak halau dari negaranya, dia boleh kembali dengan gahnya. Terpaksa diculik (ekstradiksi) secara yang cukup menggemparkan. Kalau orang lain, bukan sahaja tidak boleh buka cawangan demi cawangan Arqam di luar negara, bahkan hendak makan pun kena bekerja di restoran Pakistan misalnya.

Begitu juga mana ada pejuang yang kena dua kali ISA, boleh terus berjuang dengan saiz yang lebih besar dari sebelumnya. Sedangkan yang lain-lain semuanya tamat riwayat perjuangan mereka oleh ISA, termasuklah perjuangan komunis. Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau tidak dibacking oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya. Muhammad bin Abdullah berperanan kepada perjuangan Abuya umpama Jibril dan malaikat-malaikat terhadap perjuangan Rasulullah SAW.

Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir zaman ini. Tapi Yahudi telah porak-perandakan sistem pendidikan Islam, maka umat Islam berada dalam keadaan memusuhi semua khazanah ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang bakal berlaku ini.

Yahudi sangat tahu bahawa mereka nanti akan dibunuh oleh umat Islam yang datang dari Timur. Sebab itu sekarang mereka sanggup membunuh umat Islam beramai-ramai dan merancang mengubah wajah Asia Barat.

Umat Islam sedunia tunjuk perasaan marahkan Yahudi. Padahal Yahudi sangat tahu bukan cara itu Yahudi dapat dikalahkan. Hanya bilamana ada sekumpulan umat yang bertaqwa, maka Allah tahulah hendak ajar si musuh laknatullah itu.

Kata Abuya, kita doakan agar segera Allah datangkan Imam Mahdi itu kerana hanya dia pemimpin yang Allah layakkan untuk tangani masalah besar dunia yang sangat menghina umat Islam kini. Pemimpin lain, macam sudah dipermainkan oleh Yahudi sahaja nampaknya.

Ya Allah, Yang Maha Selamat, dari-Mu keselamatan, datangkanlah penyelamat itu untuk keselamatan dunia.
Amin.

No comments: