SAJAK

Buku ini kuhadiahkan kepada Malaysia
Bumi yang Tuhan muliakan
dengan kebangkitan Islam

Bahawa di dadamu Allah dan Rasul melimpahkan kasih
menjadi negara yang cantik, aman, damai walaupun berbilang kaum

Paling indah dibanding negara-negara ASEAN yang lain
bukan kerana wang

Bukan kerana kebijaksanaan
Tapi kerana di atas tanahmu ini
Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid
pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini

Kemuliaannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia
Tsunami tidak mampu menerkamnya
Syaitan tidak mampu sewenang-wenangnya
Musuh-musuh Allah, kaku dan kecewa dibuatnya
Semua jenis halangan dan rintangan
sudah dicubakan, tapi gagal

Malaysia tercinta, ‘Madinah kedua’
Kau terpilih membina ulangan sejarah
Nabi akhir zaman, di tangan saudaranya yang baginda namakan Putera Bani Tamim
Rasulullah mendatanginya bercakap-cakap padanya

memberi panduan dan berita-berita
Di atas bumimu Malaysia mereka merancang kebangkitan kedua

bukan terkeluar dari Al Quran dan Sunnah
Bahkan inilah cara Allah melaksanakan

Al Quran dan Sunnah
untuk Malaysia jadi daulah Islamiah

— Penulis

No comments: